NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS: Duit PH datang dari mana?


KUALA LUMPUR: Presiden PAS Abdul Hadi Awang mencabar pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) supaya menjawab dari mana datangnya duit untuk bertanding pada Pilihan raya Umum ke 14 (PRU14) ini.

Menurutnya, soal sumber kewangan PH menjadi tanda tanya sedangkan PH baharu ditubuh.

"Kalau orang tanya, duit sumbangan (PAS) daripada mana, daripada rakyat. RM90 juta daripada rakyat. Ahli PAS ada satu juta, sekarang satu juta. Kalau ahli PAS bagi satu ringgit sudah satu juta. Ada ahli PAS yang sudah berjaya dalam perusahaan dan dalam berbagai-bagai. Ada yang bagi ribu-ribu. Jangan pelik PAS dapat, sikit sangat RM90 juta."

"Yang Pakatan Harapan ni, yang baru tubuh, dari mana duit dia nak bertanding. Ni tanya, biar dia jawab," kata beliau berkaitan soal kewangan Pakatan Harapan yang menjadi tanda tanya," kata beliau memetik laporan Harakah Daily.

Berucap dalam dalam program Ceramah Perdana Jelajah Presiden PAS dan Munajat PRU 14 yang diadakan di Seksyen 18, Shah Alam, Selangor, malam tadi, Hadi menegaskan bahawa PAS merupakan parti yang bergerak di atas sumbangan rakyat.

PAS sebelum ini banyak dipersoalkan berkaitan sumbangan terhadap parti dan juga tuduhan menerima RM90 juta yang sudah dibawa ke mahkamah di London dan dijadualkan perbicaraan pada 30 April ini. - Berita Daily

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo