NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Nik Omar cakap tak serupa bikin

0
KOTA BHARU - Pas menganggap kejutan besar dilakukan Nik Omar Nik Abdul Aziz yang bertanding di Dun Chempaka tidak jejaskan sokongan terhadap parti.


Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan anak kedua Allahyarham Mursyidul Am itu secara jelas boleh dinilai oleh rakyat yang dilihat bercakap tidak serupa bikin

“Secara peribadinya saya terkejut dengan keputusan Nik Omar sebab bercanggah dengan apa yang dikatakan sebelum ini.


“Bondanya pun tidak merestui. Restu ibu ini penting sebab kita nak duduk di muka bumi ini lama dan perlukan kepada restu seorang ibu. Rakyat boleh nilai,” katanya kepada media sebentar tadi.

Isu penghijrahan Pengetua Maahad Darul Anuar di Pulau Melaka bersama Amanah itu menjadi tumpuan pelbagai pihak termasuk namanya dicalonkan Harapan bertanding PRU14.

Hari ini beliau sah bertanding di Dun Chempaka yang juga bekas kerusi yang dimenangi Allahyarham bapanya.


Secara sinisnya, Tuan Ibrahim berkata, boleh dinilai dengan jelas apabila ibunya, Datin Tuan Sabariah Ishak mengiringi adiknya, Nik Muhamad Abduh yang menyerahkan borang pencalonan bertanding di Parlimen Bachok hari ini.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/tuan-ibrahim-terkejut-nik-omar-bertanding-1.827539

ibrahim-terkejut-nik-omar-bertanding-1.827539

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo