NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Manifesto: BN vs PAS vs PH



oleh: Dr Khairuddin at-Takiri

Manifesto BN gagal memberi fokus kepada Islam dan Melayu. Memperluaskan sistem dwi-bahasa yang nanti meminggirkan bahasa Melayu. Gagal juga memberi fokus kepada menangani isu-isu ketirisan. Gagal menghapuskan cukai yang menyebabkan peningkatan kos sara hidup rakyat. Hanya mengulang apa yang telah dibuat dengan retorik yang berbeza.

Manifesto PH juga gagal memberi tawaran untuk Islam. Tidak mempunyai pelan untuk mendapatkan pendapatan negara sebagai alternatif GST.

PAS pula menawarkan manifesto yang lengkap merangkumi kepentingan Islam, Melayu, warga B40, tadbir urus rabbani, keperluan hidup rakyat melibatkan kediaman dan kenderaan, program tambah nilai pendapatan boleh guna rakyat, keselamatan dan kesihatan.

Saya yakin rakyat bersedia untuk beralih kepada PAS pada PRU ke 14 menggantikan UMNO. PAS bertanding sekurang-kurangnya di 88 kerusi parlimen berhadapan dengan UMNO.


https://www.facebook.com/drtakiri/posts/1938680329475321

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo