NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kurangkan kesesakan lebuhraya – kerajaan digesa isytihar cuti pada 8hb Mei juga


Oleh: Tuan Ibrahim Tuan Man
17 April 2018

Isu utama yang menjadi rungutan orang ramai ialah kegagalan lebuhraya menampung jumlah kereka yang banyak.

Demi mengelakkan kesesakan di lebuhraya, PAS menggesa kerajaan turut mengisytiharkan cuti umum pada 8 Mei, menjadikan cuti sebanyak dua hari iaitu 8-9hb Mei agar rakyat Malaysia, terutamanya pengundi luar dapat menunaikan tanggungjawab mengundi dengan selesa untuk pilihanraya umum ke 14 kali ini.

Umum menyedari bahawa perjalanan sekolah yang dijadikan pusat pengundian akan terganggu selama tiga hari, iaitu sehari sebelum dan sehari selepas pengundian bagi menyusun kembali kelas dan membersihkan kawasan persekolahan.

Langkah kerajaan membenarkan sekolah mengambil cuti gantian sehari sebelum atau selepas mengundi merupakan langkah yang baik, namun bagi pengundi luar, kerajaan juga harus memberi mereka kemudahan perjalanan untuk balik mengundi dalam keadaan yang selesa dengan mengisytiharkan cuti tambahan pada 8hb Mei 2018.

PAS juga memohon agar semua majikan-majikan swasta akan memberi kelonggaran yang sewajarnya kepada para pengundi luar untuk menunaikan tanggungjawab mereka. PAS berjanji sekiranya diberi mandat mentadbir nanti, PAS akan memastikan tarikh PRU15 ditentukan jauh lebih awal dan memastikannya berada di musim cuti bagi memaksimakan jumlah keluar pengundi.

Tuan Ibrahim Tuan Man adalah Timbalan Presiden PAS

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo