Ketua Umno Bahagian Ditahan Positif Dadah



KUALA LUMPUR: Seorang ketua Umno bahagian ditahan polis selepas didapati positif dadah dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Imbi di sini, awal pagi Isnin.

Suspek ditahan di sebuah pusat karaoke di Jalan Imbi, kira-kira pukul 2 pagi.

Serbuan dijalankan oleh pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan maklumat mengenai aktiviti pusat hiburan tanpa lesen.

Sumber berkata, ujian air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine (syabu) dan amphetamine.

Sumber turut mendedahkan bahawa serbuan dilakukan terhadap kira-kira 10 orang, termasuk dua wanita, di dalam bilik karaoke tersebut.

Ketua bahagian itu dibawa ke ibu pejabat polis Dang Wangi untuk siasatan lanjut.

Dia kemudian dibebaskan dengan ikat jamin dan kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, menurut laporan Sinar Harian yang merujuk kepada seorang pemimpin parti politik, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh mengesahkan penangkapan tersebut.


Sumber: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/04/02/ketua-umno-bahagian/#PRqtqCcKqsjuOIZb.99
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget