NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu ADUN Paya Jaras : Kesan kepada PAS terhad, Pakatan Harapan akan dilanda krisis.


Oleh: YB Iskandar
10 April 2018

1.) Saya yakin tidak ada lagi Ahli Dewan Negeri (ADN) PAS Selangor yang akan menyeberangi ke PKR atau parti-parti lain.

2.) Oleh itu, dakwaan bahawa terdapat ADN yang akan keluar parti adalah tidak benar sama sekali.

3.) ADN-ADN PAS Selangor sedang bersemangat untuk menghadapi PRU14.

4.) Kesan perpindahan ADN Paya Jaras adalah terhad kepada kawasan Paya Jaras sahaja.

5.) Ia tidak akan memberi kesan yang besar kepada PAS di kawasan-kawasan lain di Selangor.

6.) Jentera PAS di kawasan-kawasan bergerak seperti biasa.

7.) Walau bagaimanapun sebagai Naib Presiden yang ditugaskan untuk memantau Negeri Selangor saya akan meminta PAS Selangor mengemukakan satu laporan lengkap tentang kemasukan ADN Paya Jaras ke dalam PKR.

8.) Saya yakin PAS akan dapat mempertahankan kerusi Paya Jaras.

9.) Kemasukkan ADN Paya Jaras akan menimbulkan konflik dalaman kepada Pakatan Harapan.

10.) Jika bekas ADN Paya Jaras itu dicalonkan semula maka Amanah akan kehilangan kerusi tersebut.

11.) Ini bermakna calon Amanah yang bercita-cita untuk bertanding di situ akan kecewa.

12.) Krisis akan tercetus dan boleh merebak ke tempat-tempat lain.

Iskandar A. Samad adalah Naib Presiden PAS

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo