NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terengganu Times : Berita palsu Setpol PM bakal MB Terengganu?



Portal pro pembangkang, Malaysiakini dilihat berulang kali mengeluarkan artikel berunsur fitnah dan tidak benar sehingga disaman beratus ribu ringgit.

Minggu lalu, artikel Malaysiakini yang menuduh parti PAS mendoakan kemusnahan ‘pakatan’ telah menjadi isu besar kerana tajuk yang digunakan jauh menyimpang dari berita yang sebenar.

Terbaru, Malaysiakini telah menggunakan ‘imaginasi’ mereka sendiri menerusi artikel “Setpol Najib calon MB Terengganu?” yang menunjukkan seolah-olah MB Razif bakal ditukar pada PRU14 nanti.
Keghairahan Malaysiakini dan beberapa portal lain menyebarkan berita palsu sebegini adalah disebabkan tiada undang-undang yang ketat bagi mengawalnya.

Justeru, Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin lalu dilihat mampu mengekang penyebaran berita tidak benar ini.

[ads-post]

Menerusi RUU tersebut, individu yang didapati bersalah yang mengadakan, menawarkan, menerbitkan, mencetak, mengedar, mengelilingkan atau menyebarkan berita atau penerbitan yang mengandungi berita tidak benar boleh dikenakan denda RM500,000 atau 10 tahun penjara jika sabit kesalahan.

Manakala pihak yang memiliki berita tidak benar namun tidak menghapuskannya, boleh didenda sehingga RM100,000.

Malah, jika kesalahan itu dilakukan secara berterusan, pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu.

RUU itu bukan saja terpakai kepada rakyat Malaysia, malah warga asing jika berita tidak benar yang disebarkan itu adalah mengenai Malaysia atau menyentuh rakyat negara ini.


Diharap dengan adanya RUU ini, pihak seperti Malaysiakini lebih berhati-hati dalam mengeluarkan artikel kerana ianya boleh menggugat kestabilan negara.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo