NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terengganu: Bila 'jambatan angkat' siap...



Pembangunan sesebuah negeri memerlukan kajian yang menyeluruh berkaitan dan impak (kesan) yang akan diterima oleh rakyat berdekatan dengan projek pembangunan yang dibuat. ECER ditubuhkan sejak tahun 2007 lalu bagi melaksanakan Rancangan Malaysia Ke 9 dan RMK10 dengan menumpukan pembangunan wilayah timur termasuk Kelantan, Terengganu, Pahang dan Timur Johor(Mersing).

Plan pembangunan pertama ECER bermula tahun 2008 sehingga 2020 itu menjangkan pelaburan RM110 bilion di empat buah negeri yang termasuk dalam pembangunan wilayah timur.

[ads-post]

Bagi negeri Terengganu projek yang merangkumi tiga pemangkin utama iaitu pusat gaya bersepadu, pusat komersial dan hab pendidikan itu mewujudkan lebih 82,000 peluang pekerjaan kepada penduduk Terengganu menjelang 2020.

Sebagai contoh.pembangunan jambatan angkat (drawbridge) yang menghubungkan bandar Kuala Terengganu ke Seberang Takir (jalan Lapangan Terbang) dan jajarannya itu adalah satu projek atau usaha untuk membangunkan wilayah dan juga bandar persisir pantai di timur semenajung Malaysia.

Kuala Terengganu City Centre (KTCC) dibangunkan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) menerima pelaburan RM 5 bilion sejak ianya mula dilancarkan pada tahun 2013 lalu. Sehingga tahun 2017 lalu dilaporkan, pelaburan keseluruhan telah memncecah RM 30 bilion bagi negeri Terengganu .




.




Tidak dinafikan dengan pembangunan di kawasan KTCC dan sebelah selatan Seberang Takir dibawah ECER (Wilayah Ekonomi Pantai Timur) Apabila 'jambatan angkat' tersebut siap membawa peluang pertumbuhan ekonomi baharu kepada penduduk di Seberang Takir dan juga Kuala Terengganu serta jajarannya, bila kawasan berhampiran dimajukan.



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo