NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sarawak: PRU14, BN Dijangka Turunkan 14 Muka Baharu


Aktiviti melobi sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sedang giat dijalankan individu yang mengimpikan untuk menjadi wakil rakyat. 

Ada juga penyandang yang senior sebagai ahli parlimen masih dicalonkan kembali dan yakin dengan kemampuan diri untuk terus berkhidmat. 

Disebalik semua itu, sudah pasti pelbagai khabar angin mula kedengaran bukan sahaja di Semenanjung Malaysia malahan di Sarawak kerana banyak nama mula hangat diperkatakan ketika ini. 

Memetik laporan Sarawakvoice.com, seramai 14 calon baharu akan diperkenalkan Barisan Nasional (BN) Sarawak kali ini manakala 17 lagi dijangka kekal. 

“Ini termasuk enam calon di kawasan kubu kuat Parti Tindakan Demokratik (DAP), dengan BN optimis untuk merampas sekurang-kurangnya satu. 

“Tiada ralat tentang perubahan yang bakal berlaku, yang dijangka penuh kejutan, kerana Abang Johari (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg) selaku panglima perang perlu menukar kapal baharu untuk memastikan agenda pembangunan negeri ini tercapai. 

“Ia juga untuk memperkukuh kedudukannya di Sarawak, dan memastikan BN, terutama Parti Pesaka Bumiputera Bersatu terus kekal relevan dan berwajah baharu. 

“Memang ada muka lama yang masih dikekal atau ditukar kawasan, tetapi ia dilihat sebagai usaha untuk mengimbangi calon-calon muda kelak," kata sumber portal berita tersebut.-Sarawakiana

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo