NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pakatan Harapan mahu murtadkan umat Islam?

Rentetan daripada keputusan kes permohonan murtad di Mahkamah Persekutuan yang menyatakan Mahkamah Syariah berkuasa dalam membicarakan hal tersebut, Pakatan Harapan Sarawak telah mengeluarkan kenyataan media bersama PKR, DAP dan PAN.

Mereka mahu undang-undang dan prosedur diperjelaskan lagi bagi Muslim yang mahu murtad.

PH Sarawak ini sudah gila atau dihinggapi sindrom penyakit apa.?

Adakah mereka menyangka hak kebebasan beragama itu bermakna bebas keluar masuk Islam sesuka hati?
Si Baru Bian PKR dan Chong Chieng Jen DAP memang sering berucap yang menyentuh sensitiviti ummat Islam.

Namun, yang lebih menyedihkan apabila si Fidzuan Zaidi PAN rela menjadi jurucakap (baca: balaci) kepada pemimpin PH yang bukan Islam yang memperjuangkan hak murtad orang Islam.

Persoalan penting berikut perlu dijawab:
a) adakah pendirian PH Sarawak ini sama dengan pendirian PH Pusat?
Sekiranya PH Pusat berdiam diri maka ia bermakna mereka pun setuju dengan PH Sarawak yang berjuang hak murtad.
b) mengapa pemimpin PH yang bukan Islam sering masuk campur hal ehwal ummat Islam?
Mereka antara penentang tegar RUU 355 yang berkait dengan bidang kuasa Mahkamah Syariah ummat Islam

Tatkala berlaku hal yang melibatkan sensitiviti ummat Islam ini, kita cuba lihat adakah masih wujud alim ulama dalam PAN yang berani bersuara menegur PH.?
Adakah kita bersedia menyerahkan tampuk kuasa negara ini kepada gabungan Tun M, Muhyiddin, Wan Azizah, Azmin, Mohamad Sabu, Salahuddin yang hanya pandai mengkritik dan menyerang PAS tetapi diam menikus terhadap keangkuhan dua beranak Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

Sekiranya PH memang bersungguh mahu memperjuangkan hak murtad orang Islam, letakkanlah ianya secara terang nyata dalam janji Manifesto PH agar lebih mudah ummat Islam memberikan hukuman tegas kepada PH pada PRU 14 nanti.

PAS tetap konsisten sejak dahulu sehingga sekarang bagi mewujudkan undang-undang anti Murtad.

PH pula mahu ada undang-undang dan SOP Murtad.

Tepuk dada, tanya iman....

Syed Ahmad Fadhli adalah Pegawai Pusat Penyelidikan PAS

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo