NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kenapa Najib tak bentang persempadanan Sabah?






PARLIMEN | Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Shafie Apdal (Warisan-Semporna) mempersoalkan alasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak membentang laporan persempadanan semula Sabah. 

"Kenapa hak rakyat Sabah tidak dihormati?" kata Shafie ketika tampil sebagai wakil pembangkang terakhir berucap di Parlimen. 

Shafie yang turut mencelah ketika Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat penggulungan turut mempersoalkan kenapa penambahan 13 kerusi Dewan Undangan Negeri di Sabah dimasukkan dalam laporan persempadanan semula itu. 

Sementara itu, Ahmad Zahid sebagai menjawab soalan yang dibangkitkan Shafie menjelaskan, meskipun perdana menteri ada menerima laporan persempadanan semula di Sabah, terpulang kepada budi bicara Najib untuk membentangkannya.


Sesi parlimen hari ini berakhir dengan keputusan meluluskan cadangan persempadanan semula SPR. Seramai 129 ahli parlimen menyokong dan 80 menentang usul berkenaan. 

Mengulas lanjut, di luar parlimen, Shafie menegaskan perdana menteri seharusnya tidak mempunyai pilihan dan sebaliknya membentangkan laporan SPR berhubung persempadanan semula di Sabah. 

"Apabila SPR memuktamadkan suatu laporan dan kemukakan kepada perdana menteri, selaku ketua eksekutif, Najib wajib (bentangkan laporan itu sepenuhnya). 

"Bukan ada pilihan (sama ada mahu atau tidak mahu) untuk bawa laporan SPR dan bentangkan ke parlimen. 

"Malangnya suara rakyat Sabah telah ditolak dan DUN Negeri Sabah telah luluskan dari 60 ke 73 kerusi. Itu suara tertinggi penggubal dasar di Sabah," katanya. 

Shafie menjelaskan, mengikut perlembagaan, setelah sesuatu keputusan di peringkat Dewan Undangan Negeri diluluskan sebagai sebahagian enakmen yang tidak boleh ditolak oleh perdana menteri. 

"Najib tidak boleh menolak keputusan DUN Sabah. Ia adalah enakmen. Tiada perdana menteri boleh menghapuskan atau memadam enakmen yang telah diputuskan oleh DUN. 

"Timbalan perdana menteri gunakan artikel kuasa dia untuk tidak bawa ke parlimen. Jangan pula sampai BN kalah di Sabah, mereka akan kehilangan kuasa," katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo