Janji-janji pendidikan Pakatan Harapan yang mengundur ke belakang?



JANJI-JANJI PENDIDIKAN PAKATAN HARAPAN YANG MENGUNDUR KE BELAKANG

Semakan ke atas janji-janji yang terkandung di dalam Manifesto PRU 13 Pakatan Rakyat dalam bidang pendidikan menunjukkan ia dengan tegasnya mengisytiharkan, di bawah tajuk “Pendidikan Percuma Untuk Semua, Hapus PTPTN”, bahawa:

(1) Pakatan Rakyat akan mengembalikan hak pendidikan percuma kepada rakyat kerana ia mampu dilaksanakan.

(2) Yuran bagi pengajian tinggi lepasan sekolah di semua institusi milik awam akan ditanggung kerajaan.

(3) Pelajar di institusi swasta akan diberikan subsidi yuran setara dengan kos tanggungan kerajaan di institusi awam.

(4) Semua pelajar di institusi milik awam akan diberikan elaun sara hidup untuk menampung kos kediaman, makan dan minum, buku dan pengangkutan kecuali bagi mereka yang benar-benar kaya.

(5) Pelajar di institusi swasta boleh meminjam dari satu dana khas untuk menampung kos sara hidup sepanjang kursus pengajian.

(6) PTPTN akan dihapuskan kerana ia sebahagian dari mekanisme yang menyebabkan pergantungan kepada pihak swasta untuk menyediakan tempat-tempat pengajian awam.

(7) PTPTN tidak diperlukan lagi apabila pendidikan tinggi diberikan secara percuma kepada rakyat.

(8) Mekanisme khusus untuk menangani masalah keberhutangan pelajar akibat PTPTN akan diperkenalkan agar kebajikan setiap pelajar dijaga.



Berbanding dengan Manifesto PRU 13 Pakatan Rakyat ini, Manifesto PRU 14 Pakatan Harapan, melalui Janji 49, menjadikan sekolah-sekolah kerajaan sebagai sekolah pilihan terbaik untuk rakyat, dan melalui Janji 50, mengembalikan wibawa universiti awam dan pengajian tinggi, sekadar dengan lembik, dan kabur, nya menyebut bahawa:

(1) Pakatan Harapan berkeyakinan bahawa sistem persekolahan yang baik adalah tanggungjawab penting kerajaan untuk rakyat.
(2) Kerajaan Pakatan Harapan akan memastikan bantuan kerajaan lebih difokuskan kepada golongan yang memerlukan, terutama golongan B40 dan M40.
(3) Kerajaan Pakatan Harapan akan memastikan syarikat-syarikat milik kerajaan mempertingkat jumlah biasiswa pendidikan yang diberikan kepada golongan B40 dan M40.
(4) Pakatan Harapan berpegang dengan prinsip bahawa universiti dan institusi pengajian tinggi awam mestilah percuma untuk semua.
(5) Pengalaman UNISEL di bawah pentadbiran kami di Selangor yang telah memulakan pendidikan percuma berperingkat-peringkat akan dijadikan landasan ke arah mencapai matlamat ini.
(6) Kami akan menyusun semula struktur pembayaran pinjaman PTPTN supaya jumlah pembayaran bergantung kepada jumlah gaji peminjam.
(7) Kami akan menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN bagi peminjam yang mendapat gaji kurang dari RM4,000 sebulan dan memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam.
(8) Peluang biasiswa dan pinjaman pelajaran akan ditambah, terutama untuk membantu anak-anak muda dari keluarga B40 dan M40 menampung kos sara hidup semasa belajar.

Tegasnya, beza antara Manifesto PRU 13 Pakatan Rakyat dan Manifesto PRU 14 Pakatan Harapan dalam bidang pendidikan ini adalah umpama langit dengan bumi:
(1) Tiada lagi komitmen tegas Pakatan Rakyat untuk mengembalikan hak pendidikan percuma kepada rakyat di dalam Manifesto PRU 14 Pakatan Harapan.
(2) Tiada lagi komitmen tegas Pakatan Rakyat untuk kerajaan menanggung yuran bagi pengajian tinggi lepasan sekolah di semua institusi milik awam di dalam Manifesto PRU 14 Pakatan Harapan.
(3) Tiada lagi komitmen tegas Pakatan Rakyat untuk kerajaan memberikan subsidi yuran setara dengan kos tanggungan kerajaan di institusi awam kepada pelajar di institusi swasta di dalam Manifesto PRU 14 Pakatan Harapan.
(4) Tiada lagi komitmen tegas Pakatan Rakyat untuk kerajaan memberikan elaun sara hidup untuk menampung kos kediaman, makan dan minum, buku dan pengangkutan kepada semua pelajar di institusi milik awam, kecuali bagi mereka yang benar-benar kaya di dalam Manifesto PRU 14 Pakatan Harapan.
(5) Tiada lagi komitmen tegas Pakatan Rakyat untuk kerajaan membolehkan pelajar di institusi swasta meminjam dari satu dana khas untuk menampung kos sara hidup sepanjang kursus pengajian di dalam Manifesto PRU 14 Pakatan Harapan.
(6) Tiada lagi komitmen tegas Pakatan Rakyat untuk menghapuskan PTPTN kerana ia sebahagian dari mekanisme yang menyebabkan pergantungan kepada pihak swasta untuk menyediakan tempat-tempat pengajian awam di dalam Manifesto PRU 14 Pakatan Harapan.
(7) Tiada lagi komitmen tegas Pakatan Rakyat bahawa PTPTN tidak diperlukan lagi apabila pendidikan tinggi diberikan secara percuma kepada rakyat di dalam Manifesto PRU 14 Pakatan Harapan.
(8) Dan tiada lagi komitmen tegas Pakatan Rakyat untuk kerajaan memperkenalkan mekanisme khusus untuk menangani masalah keberhutangan pelajar akibat PTPTN agar kebajikan setiap pelajar dijaga di dalam Manifesto PRU 14 Pakatan Harapan.

Saya dan rakan-rakan tertanya-tanya: Ke mana menghilangnya keberanian dan kebijaksanaan para pemimpin Pakatan Harapan, khususnya mereka yang turut terlibat di dalam merangka Manifesto PRU 13 Pakatan Rakyat dahulu?
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget