NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Khalid: Isu SPLASH berpunca dari kecuaian kerajaan negeri



KENYATAAN DARI TAN SRI KHALID IBRAHIM BERHUBUNG ISU SPLASH

Kerajaan Negeri Selangor sepatutnya sudah pun mengambil alih Syarikat Pengeluaran Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH). Namun nampaknya Dato’ Menteri Besar Selangor tidak serius langsung untuk berbuat demikian.Tumpuan beliau lebih kepada bagaimana mahu membayar lebih RM2.7bilion kepada SPLASH; bukan untuk menyelesaikan isu air di Selangor.

Ia adalah satu kecuaian yang jelas di pihak kerajaan negeri. Kecuaian ini telah memberi ruang kepada pemegang saham SPLASH untuk mengaut lebih banyak untung sehingga mereka menjadi berani sebegini. Seorang Menteri Besar sepatutnya berjuang untuk rakyat tetapi pergerakan mungkin terhad kerana terlalu kenyang hingga termuntah.

Saya juga ingin mengingatkan YB Hannah Yeoh, Speaker Dewan Negeri Selangor bahawa saya pernah meminta Dewan membawa isu air dan pengambilan SPLASH ini kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) tetapi beliau menolaknya mentah-mentah. Mungkin ketika itu merasakan ianya tidak begitu penting.

Natijahnya rakyat terpaksa menanggung seksa akibat pemimpin yang mengambil sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo