NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bekas Ketua Hakim Mahkamah Syarie Wilayah Persekutuan sertai PAS



Dato’ Muhammad Ibrahim yang merupakan bekas Ketua Mahkamah Syarie Wilayah Persekutuan telah mengisi Borang Keahlian PAS Seumur Hidup.

Borang tersebut diserahkan kepada Tuan Guru Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Majlis Makan Malam Amal Anjuran PAS Kawasan Selayang yang diketuai oleh YB Hj Zaidy Abdul Talib.

Turut digemparkan dengan seramai 59 orang Warga India dari Kampung Cempedak (Dun Kuang) mengisi Borang Keahlian Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang diterima oleh Tuan Guru Presiden.


Majlis yang dihadiri lebih 1,000 orang itu turut diserikan dengan kehadiran mantan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Dato’ Seri Badri (Pengerusi Parti Ikatan Selangor), YB Ustaz Sallehen Mukhyi (Pesuruhjaya PAS Selangor), Ustaz Khalil Abdul Hadi (Ketua Pemuda PAS Malaysia) dan Ustaz Zamri Mantop.



Dalam pada itu, dua cawangan baru PAS berjaya ditubuhkan dan dilancarkan pada majlis tersebut iaitu Taman Selayang Mutiara 2 dan Dahlia A.

Pada sebelah paginya telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan PAS Selayang Kali Ke 35 di Dewan Serbaguna Taman Bidara yang berkonsepkan Sambutan Tahun Baru Cina.
© all rights reserved
made with by templateszoo