NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tidak Dapat Tanduk, Telinga Dipulas

Tidak Dapat Tanduk, Telinga Dipulas

(Dakwaan Dt. A.Kadir Jasin adanya pakatan sulit antara UMNO dan PAS) 

Secawan Espresso☕
oleh: Hassan Tsabitt II, 16/01/18


Kegagalan mana-mana pihak dalam PH memujuk PAS untuk berada bersama Pakatan Harapan menjadi titik tolak T.M menyerang PAS. Jika sebelumnya berbagai² usaha dilakukan oleh berbagai-bagai "broker" cuba melembutkan PAS dari PPBM dan PKR, tetapi oleh sebab PH "menyimpan ular dan membela tikus", PAS menolak siri melutut tersebut. Maka bom berangkai ditujukan kepada PAS.

TSMY akhirnya pasrah dan mula menyerang PAS, Azmin juga begitu, kegagalan mereka membuang ular dan tikus politik di dalam PH adalah sebab musabab kegagalan tersebut. Sengaja tidak mahu faham, malahan senarai panjang pengkhianatan yang dilakukan rakan Ph mereka terhadap Pas sewaktu dalam PR amat mereka maklum. Malangnya mereka hanya nampak di pihak Pas yang menolak, sebab musabab tidak penting bagi politik bangsat.

Biasalah setiap perundingan ada syaratnya. PAS tidak berganjak dengan prinsip Islamiknya dengan menegaskan Ular Dap dan Tikus Pan perosak Jamaah yg menghuni dalam kandang Ph adalah nama lain Pakatan Berantakan, perlu dinyahkan sebagai syarat untuk bertahaluf atau coalation. Ppbm usah mengajar senior politik ilmu siasah. Wujud kamu pun dari genetik hameno, benih dendam...tebus dendam ke mana pula?

Terbaru, Dt A.Kadir Jasin, figura besar dlm bidang kewartawanan sanggup menurunkan darjatnya sebagai mikrofon T.M untuk bersifat langsi kepada PAS. Belajar menjadi pembangkang tetapi buta kepada musuh politik - umno, sebaliknya PAS yg menjadi fokus serangan. Lalu peluru saraf direka sekemas mungkin setaraf level ketua pengarang...

Barangkali serigala sesekali lupa bahawa ianya cuma pemburu berkumpulan, bila sendirian bakal kering kelaparan. Belajar lagi sebagai pembangkang sebelum menyerang - salah fakta kesipuan jadinya.

AKJ yg juga ahli MT Ppbm menyebutkan adanya pakatan sulit antara Najib dan TGHA @ Pas, seperti didedahkan oleh DS Mustapha Mohamed dakwanya (DS Mustapha Mohamed juga kehairanan, orang lain lebih tahu dirinya dari dirinya) .

Dakwaan mengatakan pakatan sulit yg berlaku ialah DS Najib bersetuju melepaskan Kelantan kepada Pas pada pru 14.

Ini tidak dipersetujui oleh DS Mustapha dan Umno Kelantan.

Kelakarnya bagi menunjukkan tanda tidak setuju cadangan tersebut, DS Mustapha telah merujuk kepada Tg.Razaleigh, katanya DS Najib akur atau segan dengan T.R, melalui T.R DS Najib disebut akan membatalkan hasrat pakatan sulit itu. Berbelit jadinya...


Belit ular tahulah mainannya, belit lidah padah jadinya...terbelit hingga ke usus, tunduk memulas senak, angkat muka malu jadinya...



Pertamanya, AKJ telah meletakkan benchmark rakyat Kelantan ini bermentaliti pariah. Seolahnya Politik Kelantan boleh dicorak mengikut acuan dan kehendak tok dalang, apakah rakyat Kelantan tidak punya keupayaan berfikir sehingga disifatkan boleh dibeli, digulakan dengan satu pakatan sulit? Leleweh sangat wartawan kanan ini apabila berada di dalam kandang PH. Sedangkan semua sedia maklum Rakyat Kelantan mempunyai kesedaran politik yang tinggi, selama lebih 25 tahun Rakyat Kelantan gagal dibeli umno, inikan pula saraf ular lidi.



PAS bukan berdiri tegak dek seorang presiden, lalu Presiden sendiri tidak ada kuasa veto menentukan sebarang keputusan besar. AKJ sewajarnya membuat sedikit "homework" mengkaji hirarki Pas. Apabila membuat justifikasi "pakatan sulit" tersebut sebagai usaha Najib - Pas ke arah kerjasama politik, itu sudah menunjukkan PH gagal menjadikan Ph sebagai kerajaan menunggu. Sewajarnya kerajaan yang mahu ditubuhkan mempunyai kekuatan sendiri, bukan bergantung kepada kelemahan lawan.



Tg. Razaleigh mahu dilibatkan dalam saraf ular lidi tersebut. Sedangkan TR sendiri tidak punya kekuatan di Kelantan selain mengekalkan status quo di Gua Musang sahaja. Dibandingkan dengan DS Mustapha Mohamed, sudah tentu Najib lebih menerima cakap Menterinya dari TR. Maka apa perlunya MM mengadu hal kepada TR...General Manager mengadu kpd pegawai pencen utk bantu memberi arahan kepada CEO. Dangkalnya apabila berada di kandang Ph...



Saya memetik perenggan akhir tulisan AKJ...

...tindakan yg di buat Najib adalah bagi menjadikan Pas sebagai pengacau pd pru 14 kerana beliau lebih takut PH, terutamanya Bersatu...

Alahai cikainya pemikiran bekas ketua pengarang akhbar ini...natijah berada di dalam akhbar penyebar fitnah, menyebabkan gagal berfikir rasional...

Najib dan BN itu takutkan Bersatu? Yang peliknya setiap hari pembubaran Ppbm berlaku, Itu sudah menjelaskan parti tanpa mesyuarat cawangan ini tidak mempunyai kekuatan, sekadar kemuncup padang, Serigala tua tanpa taring, menyalakpun sumbang mahu berlagak gagah. 



Jika hari ini Najib mahukan Ppbm di haramkan, ROS sudah melakukannya. Jika hari ini Najib mahu mendakwa T.M, semalam sudah dipenjarakan. Tolonglah....sedar diri kamu itu cuma kelkatu menongkah angin.



Berbeza menulis kerana nafsu atau mencari nama dibandingkan menulis kerana Haq. Ketohoran benar jadinya apabila sekandang Ular dan Tikus...



Muhasabah Sebelum Rebah.



















________________ 

Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.



© all rights reserved
made with by templateszoo