NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tahukah anda KDN Warta Perintah Larangan Terhadap 21 Penerbitan?


PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan perintah larangan terhadap 21 penerbitan kerana kandungannya yang mungkin memudaratkan keselamatan, ketenteraman, moral dan kepentingan awam serta menggemparkan fikiran orang ramai.

Dalam satu kenyataan, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata perintah larangan itu diwartakan melalui Warta Kerajaan P.U(A) 391 – 401 bertarikh 19 Disember 2017.

Beliau berkata warta perintah larangan itu adalah mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).

“Perintah ini menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan ini adalah dilarang secara mutlak di Malaysia.

“Secara keseluruhannya, kesemua penerbitan berkenaan dilihat boleh memudaratkan atau mengelirukan pembaca terutamanya generasi muda di mana ia tidak sesuai untuk dijadikan bahan bacaan umum,” katanya.

Senarai tajuk penerbitan yang dilarang:


Assalamualaikum : May Peace Be Upon You Observations On The Islamisation Of Malaysia
“Qun Jiao Wang Shi”
“36F Da Bo Mei De You Huo”
“Gou Nan Nv No. 2”
Antithesis
Loaded (No. Keluaran 242)
100 Keajaiban Di Dunia
Amalan Mustajab Dan Murah Rezeki
Senjata & Pendinding Mukmin
Asma Ul-Husna : Rahsia Dan Amalan 99 Nama Allah
Rahsia Dan Kelebihan Kayu Kokka : Jenis Kayu Bahtera Nabi Nuh AS – Tongkat Nabi Musa AS
Perjalanan Yang Cemerlang 1930 – 1980 Mempromosi fahaman komunisme.
Intense Pleasure
Warisan Ilmu Tok Kenali Kelantan – Hampir Tidak Kesampaian Berakhir Tiada Kesudahan
Warisan Ilmu Tok Kenali Kelantan – Dimanakan Ku Cari Ganti
Warisan Ilmu Tok Kenali Kelantan – Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri
Warisan Ilmu Tok Kenali Kelantan – Pencarian Ilmu Dipenghujung Rasa
Agama Masa Depan : Perspektif Filsafat Perennial
25 Kisah Mukjizat Rasulullah
Meneladani Rasulullah & Cerita Lain


Sehubungan itu, Alwi berkata individu yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam milikannya telah melakukan suatu kesalahan.

“Mereka boleh disabitkan dengan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 8(2) Akta 301,” katanya.

Alwi juga menyarankan agar orang ramai yang mendapati penerbitan itu masih ada di pasaran boleh membuat aduan kepada Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, KDN di talian 03-88868047 atau faks 03-88891682 atau melalui Sistem Pengaduan Awam Bersepadu KDN di moha.spab.gov.my. – BERNAMA
© all rights reserved
made with by templateszoo