NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU14: Tiada dalam senarai calon PAS Kedah, mungkin punca sebenar Mahfuz keluar parti?



PETALING JAYA: Mahfuz tidak ada dalam senarai calon yang disediakan PAS Kedah bagi mewakili parti itu pada pilihan raya akan datang.

Walaubagaimanapun PAS Kedah yakin mengekalkan kerusi Parlimen Pokok Sena pada pilihan raya umum ke-14 akan datang walaupun Datuk Mahfuz Omar yang memenanginya beberapa kali di bawah tiket PAS kini meninggalkan parti itu.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi berkata kemenangan PAS di kerusi itu bukannya bergantung kepada personaliti semata-mata, tetapi kekuatan parti itu sendiri.

“Undi kepada PAS dan tindakan Mahfuz adalah 2 perkara berbeza. PAS telah menggerakkan para petugas parti khususnya di Pokok Sena, bertemu dan menyantuni rakyat,” kataya .

Pada Ahad, Mahfuz yang juga bekas naib presiden PAS mengumumkan keluar parti itu, sambil berkata beliau mahu diberikan ruang sebelum memutuskan sama ada menyertai mana-mana parti dalam Pakatan Harapan (PH).

Keputusan itu bukan sesuatu yang memeranjatakan, malah sudah lama dijangka.

Mahfuz menjadi wakil rakyat kerusi Parlimen Pokok Sena sejak 1999 kecuali selama 4 tahun selepas ditewaskan calon Barisan Nasional pada 2004.

Susulan pemilihan PAS pada 2015, bekas tahanan ISA itu dilihat semakin rapat dengan pemimpin PH, gabungan 4 parti yang tidak disertai PAS.

Pada pilihan raya 2013, Mahfuz merupakan satu-satunya ahli Parlimen PAS di Kedah yang berjaya mengekalkan kerusinya, mengalahkan calon BN, Shahlan Ismail.

Fakhruddin berkata, PAS sudah mempunyai calon sesuai menggantikan Mahfuz, dan berkata langkahnya keluar parti sudah dijangka.

“Keputusan Mahfuz tidak memberi kesan kepada persiapan jentera pilihan raya PAS Kedah kerana ahli PAS sejak awal lagi telah menjangkakan langkah politik yang beliau ambil,” tambah Fakhruddin.


‘Sesat politik’

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya sudah lama menjangkakan keputusan Mahfuz.

“Ia bukan sesuatu yang memeranjatkan, malah beliau telah lama menunjukkan tindak-tanduknya melalui kritikan terhadap barisan kepimpinan, seolah-olah cuba ‘menjemput’ PAS memecatnya daripada parti,” katanya .

Mahfuz dalam surat peletakan jawatannya kepada Takiyuddin mempertikaikan tindakan PAS dalam memperjuangkan pindaan ke atas Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dan sikap berkecuali parti dalam pengundian Bajet 2018, menyifatkannya pengkhianatan kepada rakyat.

Mahfuz turut mempersoalkan sasaran sekadar 40 kerusi Parlimen oleh PAS, yang menurutnya menunjukkan parti itu tidak serius menubuhkan kerajaan.

Bagaimanapun, Takiyuddin menolak alasan Mahfuz, sambil menyifatkan beliau “sesat dalam politik”
© all rights reserved
made with by templateszoo