PAS tiada keperluan namakan Perdana Menteri sebelum tiba masanya



Tetiba sahaja Dr Mahathir membangkitkan persoalan siapakah tokoh yang diingini PAS sebagai calon Perdana Menteri mereka dalam pilihanraya..

“Kita nak tahu PAS ni nak bertanding (PRU), siapa calon perdana menteri dia? Calon Najibkah, calon sayakah - itu kita nak tahu,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Presiden HARAPAN di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata ketika ditanya oleh pihak media berkata, PAS akan membuat ketetapan (siapa Perdana Menteri) apabila tiba waktu yang sepatutnya.

"Sekarang ini PAS tidak memilih Dr Mahathir atau Najib. We will cross the bridge when we get to it (Kami akan bincangkan perkara itu apabila tiba masa sebenar)," katanya.

Namun apa yang pasti PAS tidak memilih Tun Dr Mahathir Mohamad mahu pun Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri..

Dengan berpandukan sebuah hadis PAS menegaskan mereka tidak perlu menyatakan siapakah calon perdana menteri yang diingini selepas pilihan raya umum (PRU) akan datang..

Takiyuddin berkata PAS berpegang kepada hadis Rasulullah SAW yang maksud: Kepimpinan itu milik Allah, Dia (Allah) yang akan mendatangkan sesiapa yang dikehendaki-Nya. 

Kata Takiyuddin lagi, Dr Mahathir kini nampaknya membawa "ajaran baru" dalam politik di Malaysia.

"Parti yang hendak bertanding dalam PRU perlu menamakan perdana menteri masing-masing," katanya

Beliau menegaskan, "PAS tidak mempunyai keperluan untuk menuruti langkah berkenaan. Politik terlalu dinamik untuk berbuat demikian," 

Editorial 1Media, 17hb Januari, 2017


Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget