Grand Design Mahathir dan UMNO?



Parti Pribumi Bersatu Malaysia dalam bahasa Inggerisnya mereka tulis Malaysian United Indigenious Party (MUIP)

Orang tidak sedar 'Pribumi' itu terjemahan bahasa 'orang putih' yang selalu orang pakai selain 'Indigenious' adalah 'Native', yang bermaksud orang asal.

Sebenarnya asalnya mahu diletak Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia. Yang terjemahannya Inggerisnya adalah United Malaysian Natives Organization. Ringkasnya UMNO! Kerana mereka sungguh sungguh sayangkan UMNO.

Tetapi mereka menyamar dulu sementara jatuhkan lawan politik mereka, Najib, dengan memperkudakan parti parti politik yang terdesak mahu mencari sokongan orang Melayu kerana PAS tetap tegas tidak mahu bersama mereka.

PRU14, jika Najib gagal, ahli UMNO akan desak beliau letak jawatan. Pemimpin baru yang gantikan Najib akan isytihar mahu membuka lembaran baru dengan mempelawa bekas pemimpin pemimpin UMNO yang berada dalam PPBM agar pulang ke pangkuan UMNO.

Itulah yang diperkatakan ahli UMNO di bawah. Yang diluar UMNO yang bersama dengan Mahathir, mahupun yang masih ahli UMNO tapi mahu beri tekanan supaya Najib meletak jawatan. Mereka berpakat. Yang dalam akan sabotaj dengan mengundi 'UMNO' Mahathir.

Sudah PRU14, Mahathir akan mula tunjuk wajah sebenar yang akan memulakan perselisihan dan pergaduhan dengan parti parti lain dalam Pakatan Harapan.

Dia akan mulakan dengan bergaduh dengan DAP. Beliau cukup benci DAP sejak dari dulu sepertimana ahli ahli UMNO yang lain yang sejak dari kecil diasuh memusuhi DAP.

Dia akan menghasut bekas ahli UMNO dalam PKR untuk bersamanya menentang DAP dengan membangkitkan rasa tak puas hati sikap DAP yang tamak dan mahu tentukan banyak perkara hingga mencampuri urusan yang berkait sensitiviti orang Melayu.

Dengan mula kembali bermusuh dengan DAP, dia tahu akan dengan cepat mengembalikan sokongan ahli UMNO kepada beliau.

Atas alasan tiada persefahaman lagi, Mahathir sendiri yang akan merundingkan 'kepulangan beramai ramai' ahli PPBM dan sebahagian PKR ke dalam UMNO.

PH yang awal awal lagi telah mengagihkan bilangan kerusi paling besar kepada PPBM sebenarnya telah hilang 52 kerusi PPBM itu kepada Barisan Nasional. Itu belum lagi termasuk bilangan kerusi di Sabah yang paling besar akan diperuntukkan kepada parti pimpinan mantan Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal yang bila dijumlahkan nanti begitu besar bilangannya mengatasi parti PKR, PAN, DAP.

Akhirnya, pelan besar Mahathir untuk menyelamatkan Barisan Nasional akan tercapai.

Hampa dan kecewalah rakyat yang gigih berjuang inginkan perubahan. Mereka yg berkorban di era Reformasi.

PAS yang menjadi 'musuh politik tradisi' UMNO ini telah cukup masak dengan psikologi politik UMNO. PAS yang ditubuhkan pada tahun 1951 sudah berdepan dengan UMNO sejak pilihanraya 1959. Malah sebelum itu lagi perjuangan Islam yang dibawa parti yang asal sebelum tertubuh PAS iaitu Hizbul Muslimin diharamkan penjajah British yang rapat dengan UMNO.

Lagikan Tengku Razaleigh Hamzah yang pernah berikrar tidak akan kembali kepada UMNO dengan ungkapan 'sudah bakar jambatan', akhirnya pulang beramai beramai dipimpin oleh beliau sendiri ke dalam UMNO.

Inikan pula Mahathir yang punya begitu banyak kepentingan berkait masa depan politik dan perniagaan anak anak beliau, rakan rakan rapat beliau dari kalangan rangkaian ahli ahli perniagaan kroni beliau.

Jika rakyat betul betul tidak mahu budaya kerosakan yang di bawa oleh UMNO terus merosakkan negara sehingga akhirnya rakyat menjadi susah, tiada guna kita jatuhkan UMNO Najib tetapi akhirnya yang naik berkuasa adalah UMNO Mahathir pula yang sudah terang lagi bersuluh acuan yang sama.

Banyak kerosakan yang berlaku adalah hasil didikan UMNO era Mahathir. Kepimpinan UMNO hari ini mengikut Teladan yang ditunjukkan Mahathir sendiri.

PAS menyeru perubahan dengan meletakkan Islam memimpin. Ia satu jaminan yang akan memberi kesejahteraan bukan sahaja kepada orang Melayu, malah juga orang Cina , India, Iban, Kadazan serta semua kaum lain.

HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
19 Januari 2018
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget