Dr Hatta letak jawatan Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan?


KUALA LUMPUR: Pengarah Pilihanraya Parti Amanah Negara (Amanah), Dr Hatta Ramli didakwa bertindak meletak jawatan sebagai Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan selepas partinya tidak diberikan kerusi parlimen Titiwangsa.

Sumber dalaman Amanah Wilayah Persekutuan memberitahu Dr Hatta bertindak melepaskan jawatannya ketika rundingan akhir pembahagian kerusi antara parti dalam Pakatan Harapan sedang berlangsung pada Sabtu.

Namun, difahamkan Dr Hatta akan diberikan kerusi yang lebih selamat berbanding Titiwangsa yang dikatakan sukar untuk ditawan kerana pengundi di kawasan tersebut menerima baik khidmat penyandang sedia ada, Datuk Johari Abdul Ghani yang juga Menteri Kewangan II.

"Dr Hatta kecewa sebab dia sasar kerusi Titiwangsa dan sudah buat kerja di kawasan itu sudah lama.

"Tapi difahamkan Amanah akan beri dia bertanding di kawasan yang lebih berpotensi untuk menang," kata sumber tersebut kepada Astro AWANI.

Dr Hatta merupakan bekas Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang tewas pada pemilihan parti itu pada 2015.

Ahli Parlimen Kuala Krai itu bersama dengan pimpinan lain yang disingkirkan bertindak menubuhkan Amanah.

Kerusi parlimen Kuala Krai dimenangi ketika masih bersama Pas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pada PRU14 nanti, Amanah diberikan tanggungjawab untuk bertanding di 27 kerusi parlimen.

Pakatan Harapan menyasarkan untuk bertanding di 165 kerusi parlimen pada PRU14 nanti dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bertanding 52 kerusi, PKR (51) dan DAP (35).
Labels:
Reactions:
[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget