PRU14: UMNO bertanding di Parlimen BTR?



KUALA LUMPUR – Rata-rata orang Melayu yang menjadi majoriti pengundi di Parlimen Bandar Tun Razak (BTR) mahu calon Barisan Nasional (BN) daripada parti UMNO. 

Itu permintaan Veteran UMNO BTR yang juga yakin kerusi itu berjaya dirampas dalam PRU-14 kelak. 

Pengerusinya, Datuk Mohd. Alias Abdul menegaskan, apa yang berlaku pada PRU-13 dahulu, pihaknya mendapati orang Melayu mengundi pembangkang kerana calonnya adalah Melayu. 

“Jika diletakkan lagi calon MCA, ia akan kalah. Sebab itu calon PKR menang pada waktu itu,” ujarnya dalam sidang media hari ini. 

Veteran UMNO BTR yang mempunyai kira-kira 800 orang dan 40 peratus daripada merupakan pengundi di BTR. 

Menurut Mohd. Alias, bilangan pengundi Melayu di BTR sebanyak 58.7 peratus daripada jumlah keseluruhan 86, 602 pengundi. 

“Lagi pun, Ahli Parlimen BTR sekarang (Tan Sri Khalid Ibrahim) merupakan bekas pemimpin PKR dan bekas Menteri Besar Selangor telah berikrar menyokong UMNO dan pengaruh beliau boleh membantu calon UMNO dalam PRU-14,” jelasnya lagi. 

Ketika ditanya sama ada mereka ‘membawa’ suara Ketua Bahagian UMNO BTR, Datuk Rizalman Mokhtar, Mohd. Alias menafikan. 

“Dia (Rizalman) langsung tidak tahu,” katanya sambil memaklumkan ia merupakan keputusan pihaknya sendiri tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak. 

Bagaimanapun, Veteran UMNO BTR memang melihat Rizalman sebagai calon UMNO yang layak tetapi akur sekiranya pucuk pimpinan mahu calon lain asalkan ia mewakili UMNO. 

Sekiranya permintaan mereka tidak mendapat ‘lampu hijau’ Veteran UMNO BTR mahu pucuk pimpinan melantik seorang senator mewakili UMNO BTR.- MalaysiaGazette
Labels:
Reactions:
[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget