NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perkasa seru umat Islam pertahankan Zakir Naik


Salam Umat Islam semua. Marilah kita bersama hadir ke -  Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, Jalan Duta, KL pada 3 Januari 2018 ini Jam 2.00 petang.

Pihak Pemimpin Hindraf bersama 18 orang sekutunya menuntut supaya Pendakwah Islam terkemuka Dr. Zakir Naik dihalau keluar dan PR nya dibatalkan. 

Saudaraku... Kita hadir bukan kerana Dr Zakir Naik. Kita hadir bukan juga kerana nak menentang penganut agama lain. Tetapi kita hadir adalah kerana pihak-pihak tertentu ini sentiasa menentang  kepentingan Islam. Dr Zakir Naik penting kpd umat Islam sbb itulah mereka tidak senang Dr Zakir Naik terus berada dlm negara ini dan berdakwah.

Seluruh negara mengiktiraf kehebatan Dr Zakir Naik dan sehingga Kerajaan Malaysia menganugerahkannya sebagai Tokoh Maal Hijrah Negara. Apakah seorang Tokoh yang diberi anugerah seperti itu adalah jenis manusia jahat dan patut dihalau?

Tidak.! Tidak.! Puak-puak itulah yg jahat. Mereka tidak mahu Dr Zakir Naik terus memberi ceramah dan berdakwah kerana setiap kali itulah ramai penganut agama lain memeluk Islam. Itu yg mereka marah.

Jadi kita perlu pertahankan Dr Zakir Naik kekal sebagai PR negara ini. Dr Zakir Naik kekal sebagai taraf Penduduk Tetap adalah maruah umat Islam negara ini. Kenapa kita perlu tunduk dengan desakan puak-puak itu. Kerajaan telah melakukan yg terbaik berdasarkan rekod terpuji Dr Zakir Naik namun Mereka heret pula Dr Zakir Naik ke Mahkhamah. Tujuan untuk menghalau Dr Zakir dan membatal status penduduk tetap Dr Zakir di Malaysia. Interpol juga sudah memadam notis merah terhadap Dr Zakir Naik. Perlukah kita berpeluk tubuh??? Ayoh sama-sama kita menentang mereka dgn menunjukan bahawa kita juga menjunjung undang-undang dan keamanan.
ALLAHUAKBAR.!!! x 100.

Salam Perjuangan Islam,
Sdr Dr Ibrahim Ali
Presiden Perkasa.
27 Disember 2017.
5.15ptg.

© all rights reserved
made with by templateszoo