NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pelancaran Konvensyen Kebangkitan Ummah




KUALA LUMPUR: Gerakan Pembela Ummah(UMMAH) mengumumkan Konvensyen Kebangkitan Ummah yang dijadualkan berlangsung 13 Januari 2018 ini akan diadakan di Kuala Lumpur.

KENYATAAN MEDIA
GERAKAN PEMBELA UMMAH
(UMMAH)

Assalamu'alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera

Pengenalan UMMAH

Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) adalah merupakan satu platform yang mana NGO-NGO dan NGI mempunyai visi bersama iaitu Memperkasa Kedaulatan Islam di Negara Malaysia.

Objektif UMMAH
  1. Menyatupadukan umat Islam merentasi politik kepartian demi kesejahteraan Negara Malaysia.
  2. Mengukuhkan kedaulatan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan seperti perkara 3(1), 11(4), 12(2), 37 dan lain-lain yang berkaitan dengan kepentingan Islam.
  3. Mengekalkan dominasi dan kekuatan umat Islam di dalam politik negara Malaysia.
  4.  Memastikan pemerintah menerap nilai-nilai Islam.
  5.  Memperjuang pemerkasaan institusi-institusi Islam.

Tujuan Sidang Media UMMAH

1. Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) akan mengadakan satu konvensyen yang diberi nama Konvensyen Kebangkitan Ummah (KKU). Konvensyen ini akan berlangsung pada 13 Januari 2018 (Sabtu) di sekitar Kuala Lumpur.

2. Konvensyen Kebangkitan Ummah (KKU) merupakan inisiatif kami untuk membincangkan bidang-bidang yang menjadi kepentingan umat Islam ke arah mencapai objektif Ummah.


3. UMMAH meletakkan dua objektif utama melalui konvensyen ini iaitu:

     I.         Meningkatkan keinsafan dan kesedaran kepada peserta berkenaan kepentingan perpaduan dikalangan umat Islam demi kestabilan Negara selaras dengan kehendak Maqasid Syarak.
   II.         Menggariskan beberapa tuntutan kepada semua pihak yang berkepentingan, demi menjamin keabsahan agama Islam dan bangsa Melayu.

4. Konvensyen Kebangkitan Ummah (KKU) merupakan program yang mengemukakan pembentangan mengikut bidang-bidang kepentingan umat Islam. Peserta konvensyen mempunyai ruang untuk memberikan pandangan yang akan menjadi input kepada tindakan susulan UMMAH.

5. Justeru, UMMAH mensasarkan kehadiran seramai 1,500 orang terdiri daripada pelbagai NGO-NGO Islam, tokoh-tokoh Agama, para ilmuan dan alim ulamak serta individu-individu yang prihatin terhadap Islam dari seluruh Negara.


USTAZ ISMAIL MINA AHMAD
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)

HJ AMINUDDIN YAHAYA
Ketua Sekretariat
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)

24 Rabi'ul Awwal 1439
13 Disember 2017

Taman Melawati, Kuala Lumpur












© all rights reserved
made with by templateszoo