NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS: Nafi Melayu sahaja anggota kabinet - Nasrudin




Oleh : Nasrudin bin Hassan (Ketua Penerangan PAS Pusat)

1. Berhubung kenyataan oleh Presiden PAS dalam artikel beliau "Mengapa kalau Islam tidak boleh?" (rujuk : http://www.harakahdaily.net/index.php/kolumnis/presiden/4493-mengapa-kalau-islam-tidak-boleh) telah disalah lapor oleh beberapa agensi berita.


2. PAS juga menafikan rumusan sebuah laporan berita bertajuk "PAS president: All-Malay cabinet members for Malaysia" (rujuk : https://www.nst.com.my/news/politics/2017/12/318094/pas-president-all-malay-cabinet-members-malaysia) yang disiarkan oleh portal New Straits Times (NST)

3. Perenggan pertama laporan tersebut menyatakan "PAS has envisioned a Malaysian Cabinet line-up to consist only of Malays as they are the majority race, party president Datuk Seri Abdul Hadi Awang said."

4. Sedangkan, tiada satu pun ayat dan huraian yang dibuat oleh Presiden PAS dalam artikel beliau itu menyatakan bahawa semua anggota kabinet mestilah terdiri dari kalangan orang melayu muslim.

5. Sebaliknya, PAS menegaskan kepentingan dan keperluan untuk orang Melayu-Islam menjadi teras (Perdana Menteri sebagai Wazirul Tafwid) dalam sistem politik dan struktur pentadbiran negara berdasarkan fiqh politik Islam.

6. Bahkan, Presiden PAS turut mengakui dan mengiktiraf kedudukan dan peranan bukan Islam dalam sesebuah kerajaan. 

7. Di sini sangat jelas bahawa mesej penting yang dilontarkan oleh Presiden PAS ialah bahawa Islam sangat terbuka dalam menerima pelantikan bukan Islam sebagai menteri kabinet (Wizarah Tanfiz) berbanding dengan sistem parti politik moden yang hanya menerima dari kalangan idelogis mereka sahaja.

8. Presiden PAS menjelaskan, "Dalam aspek politik, Islam tegas mewajibkan kepimpinan utama yang menjaga dasar dan konsepnya daripada penganut Islam dan menerima bukan Islam dalam aspek kepakaran dan pengurusan, bukannya perkara dasar dan konsep."

9. Adapun kenyataan Presiden PAS yang menyebut, "Islam meletakkan mestilah ketua negara dan anggota kabinetnya yang beraqidah Islam daripada bangsa yang paling berpengaruh. ", bukanlah bermaksud semua ahli kabinet, tetapi merujuk kepada ahli kabinet bagi Wizarah Tafwidh untuk kementerian tertentu yang disyaratkan mesti beragama Islam menurut kaedah Fiqh Islam. 

10. Ia berdasarkan kaedah pembahagian kementerian yang dibuat dalam fiqh politik Islam kepada Wizarah al-Tafwidh dan Wizarah al-Tanfiz. Jika diteliti keseluruhan artikel Presiden PAS, perkara ini dapat difahami dengan mudah.

11. Saya berharap agar tiada pihak yang sengaja cuba mencetus salah faham atau menyelewengkan pendirian dan sikap sebenar PAS berkenaan perkara ini kerana PAS sangat memahami realiti masyarakat majmuk di negara ini.

"Sejahtera Bersama Islam"


Sekian.
© all rights reserved
made with by templateszoo