NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pahang: Bauksit kembali menghantui penduduk



PENGUMUMAN Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM) untuk menarik semula penyitaan 10 juta tan stok bauksit menimbulkan kegelisahan dalam kalangan penduduk.

Mereka bimbang apa yang pernah mereka alami sebelum ini berulang kembali.

ADUN Beserah, Andansura Rabu berkata, sepanjang tempoh moratorium penduduk tidak lagi dihantui debu merah yang mencemar persekitaran dan kesihatan mereka.

Katanya, penduduk kembali selesa selepas melalui tempoh begitu menyeksakan akibat perlombongan bauksit.

“Tiada lagi persekitaran yang kotor dan berdebu serta gangguan lori bauksit yang menakutkan. Suasana itu bakal berubah semula apabila lombong bauksit dibenarkan beroperasi kembali,” katanya di Kuantan.

SPRM baru-baru ini memberitahu akan menarik balik penyitaan simpanan stok bauksit yang dianggarkan lebih 10 juta tan di Pahang. – HARAKAHDAILY 25/12/2017

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo