PAS: Hadi Dedah Agenda Pakatan Pinggirkan Islam


PAS mendedahkan kenapa gabungan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) yang diwujudkan pada 1 April 2008 bagi beri tentangan kepada Barisan Nasional (BN) berkubur selepas tujuh tahun wujud.

Walhal PR waktu itu dibarisi oleh DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS yang berhasrat merampas pemerintahan negara melalui pilihan raya umum 2008 dan 2013 tetapi gagal meraih sokongan majoriti rakyat


Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata, PR akhirnya berkubur pada tahun 2015 kerana parti dalam gabungan parti pembangkang itu hendak meminggirkan dan menggugurkan agenda Islam yang dibawa oleh PAS.

“PR ditubuhkan dan akhirnya terkubur apabila hendak dipinggirkan cita-cita Islam dan wujudnya usaha mahu mengugurkannya kerana agenda politik mengatasi kepentingan Islam.

“PAS (ketika itu) juga menolak segala usaha meminggirkan kuasa umat Islam daripada persada politik Malaysia di atas konsep Malaysian Malaysia,” kata Abdul Hadi dalam satu kenyataan media hari ini.

PR dibubarkan oleh DAP dan PKR bagi menyingkirkan PAS daripada gabungan parti pembangkang kerana enggan berkompromi dalam beberapa isu akidah Islam yang dikhuatiri boleh mengurangkan sokongan bukan Islam.

DAP dan PKR kemudian menubuhkan gabungan parti pembangkang baharu dikenali sebagai Pakatan Harapan (PH) yang turut disertai Parti Amanah Negara (PAN) yang bertujuan menggantikan PAS sebagai parti Islam baharu.

PH seterusnya berjaya memujuk Tun Dr. Mahathir Mohamad menyertai mereka untuk dipergunakan bagi menghasut orang Melayu supaya memberi sokongan kepada parti pembangkang.

Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff pula pernah mendedahkan “Malaysian Malaysia” adalah kosep berakar umbi dalam parti sekular DAP sejak sekian lama.

Ia bermula daripada deklarasi oleh gabungan parti pembangkang dalam The Malaysian Solidarity Convention (MSC) di Singapura pada 9 Mei 1965 sebelum republik pulau kecil itu berpisah daripada Malaysia.

Dalam Deklarasi MSC gabungan pembangkang di Singapura waktu itu tercatat kenyataan yang berbunyi “Malaysian Malaysia” sebuah negara dan negeri yang tidak dikenal pasti berdasarkan ketuanan dan kepentingan kaum tertentu.

Tegas Abdul Hadi, PAS boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa terhadap pihak yang menerima Islam walaupun berbeza pendapat,m tetapi tidak akan bekerjasama dalam perkara dosa dan permusuhan.

Justeru, katanya, PAS tetapi menyokong perkara yang bersifat kebajikan dan taqwa kepada Allah SWT walaupun ia dibawa pihak kerajaan dan perkara itu yang gagal difahami oleh mereka yang memisahkan politik daripada agama.

“PAS tetap mempertahankan ruang Islam yang masih dipelihara oleh Perlembagaan dengan tafsiran Islam sebagai agama persekutuan dan PAS menentang sesiapa sahaja yang mahu merungkaikannya,” katanya.

Beliau turut membangkitkan kisah penubuhan Angkatan Perpaduan Ummah bersama Parti Semangat 46 dengan syarat menerima Islam sebagai Al-Din sehingga parti itu berjaya di Kelantan dan berusaha melaksanakan syariat.

“Bagaimanapun diberi amaran keras oleh Perdana Menteri di masa itu (Mahathir) sekiranya melaksanakan syariat Islam yang diusahakan dan akhirnya Parti Semangat 46 tiada lagi,” katanya. – Mynewshub.cc
Labels:
Reactions:
[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget