NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kuala Terengganu By Pass



Projek Kuala Terengganu By Pass, atau Laluan Pintas Kuala Terengganu ini merupakan satu projek pembinaan jalan raya utama Bandaraya Kuala Terengganu bertujuan memberikan opsyen kepada pengguna dari arah Kuantan ke Kota Bharu dan sebaliknya untuk tidak melalui Bandaraya Kuala Terengganu dan dengan itu mengelak daripada kesesakan dan memendekkan perjalanan.


Projek ini melibatkan pembinaan jalan baru empat (4) lorong dua (2) hala mengikut Standard Rekabentuk U5 sepanjang 5.875km bermula dari persimpangan Tok Molor, Kuala Ibai dan berakhir di Kampung Durian Burung serta empat (4) jejambat baru disepanjang KT Bypass ini.


Pelaksanaan projek ini akan dapat memberi manfaat yang besar kepada penduduk Kuala Terengganu terutama di Bandar Baru Bukit Besar dengan anggaran penjimatan masa perjalanan sebanyak 30 minit serta pengurangan jarak perjalanan sebanyak 3km. Selain itu, projek ini juga dapat mengurangkan kesesakan di dalam pusat bandar dan dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi dengan membawa koridor baru pembangunan di Daerah Kuala Terengganu.



Teruskan bersama kami.

“JKR -SENTIASA BERSAMA ANDA”

#InfraRakyat #Negaraku

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo