Jangan tertipu pakej murah umrah – MATTA



KUALA LUMPUR – Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) mengingatkan umat Islam yang ingin menunaikan umrah supaya tidak tertipu dengan pakej murah yang ditawarkan syarikat atau orang tengah. 

Naib Presiden Umrah dan Haji MATTA, Shahrulnezam Mohd Daud berkata, untuk mengelak daripada tertipu, bakal jemaah eloklah berurusan secara terus dengan syarikat yang diberi Lesen Khas Umrah. 

“Lebih 200 syarikat pengembaraan yang menganggotai MATTA memiliki Lesen Khas Umrah dan mereka ini menawarkan pakej umrah di seluruh negara. 

“Orang ramai digalakkan mengunjungi syarikat ini untuk membuat perbandingan tentang harga pasaran dan berwaspadalah kalau ada sesiapa yang menawarkan harga pada yang tidak munsabah murahnya. 

“Polis perlulah menguatkuasakan sepenuhnya undang-undang terhadap individu yang bertindak sebagai orang tengah bagi menipu jemaah, manakala Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan pula perlu bertindak terhadap pengendali perjalanan berlesen yang menipu pelanggan mereka,” katanya di sini, hari ini. 

Beliau juga mengingatkan dan memberi amaran kepada anggota MATTA bahawa mereka yang terlibat melakukan penipuan akan dipecat daripada persatuan itu. 

Shahrulnezam berkata, beliau sedih dengan laporan bahawa 453 jemaah umrah Malaysia tidak dapat pulang ke tanah air dari Tanah Suci sejak 22 Dis. 

Sementara itu, Presiden MATTA, Datuk Tan Kok Liang berkata, tindakan segera akan diambil terhadap mana-mana anggota persatuan itu yang didapati terlibat menipu orang ramai. 

Beliau menasihati rakyat Malaysia supaya belajar memberi bayaran sewajarnya bagi perkhidmatan yang diterima kerana tiada istilah percuma dalam hal itu. 

“Jemaah yang mengharapkan sebahagian daripada bayaran bagi pakej perjalanan mereka dibiayai melalui ‘derma’ akan menanggung masalah besar apabila derma yang diharapkan itu tidak kunjung tiba,” katanya. – Bernama
Labels:
Reactions:
[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget