ROS Diminta Siasat Pemilihan Semula CEC DAP


PUTRAJAYA -- Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) diminta menyiasat pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang diadakan pada 12 Nov lalu kerana dipercayai tidak mematuhi undang-undang ditetapkan, kata Timbalan Pengerusi DAP cawangan Asam Kumbang Santokh Singh.

Beliau berkata antara perkara yang gagal dipatuhi adalah senarai nama calon CEC yang tidak dikemas kini, termasuk menyenaraikan nama calon yang telah keluar parti dan meninggal dunia.

"Biar pun telah meninggal dunia, bekas Pengerusi DAP Karpal Singh masih mendapat sebanyak 43 undi. Tiga calon lain yang telah keluar parti dan masih mendapat undi ialah John Fernandez (lapan undi), Zulkifli Mohd. Noor (43 undi) dan Roseli Abdul Ghani (lapan undi).

"Kita hairan kenapa syarikat audit, Grant Thornton yang dilantik DAP untuk menyelia pemilihan semula CEC itu gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan sehingga mengundang perasaan tidak puas hati banyak pihak," katanya kepada media selepas menyerahkan aduan rasmi kepada wakil ROS, Rahida Mohamed di sini hari ini.-- BERNAMA
Labels:
Reactions:
[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget