NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mahkamah Syariah: Perkasa bidas Speaker DUN Selangor tolak usul dibahaskan




KENYATAAN MEDIA
DR. AMINI AMIR ABDULLAH
PENGERUSI
BIRO HAL EHWAL ISLAM (BIHALIM)
MERANGKAP AHLI DEWAN TERTINGGI (ADT)
PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

10 November 2017
9.15HRS

PERKASA BIDAS HANNAH YEOH, SPEAKER DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) SELANGOR DARIPADA DAP YANG MENOLAK USUL MEMPERKASAKAN DAN MEMPERKUKUHKAN INSTITUSI MAHKAMAH SYARIAH BAGI NEGERI SELANGOR UNTUK DIBAHASKAN DALAM SIDANG DUN SELANGOR

1. PERKASA merujuk kepada laporan dalam portal berita perdana Utusan Online bertajuk “Speaker DUN Perlekeh Kuasa Sultan Selangor?” bertarikh 10 November 2017 (http://www.utusan.com.my/berita/politik/speaker-dun-perlekeh-kuasa-sultan-selangor-549774)

2. Dikhabarkan YB. Hannah Yeoh, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor daripada DAP menolak usul memperkasakan dan memperkukuhkan institusi Mahkamah Syariah bagi negeri Selangor untuk dibahaskan dalam sidang DUN baru-baru ini.

3. Perkasa melihat tindakan Hannah Yeoh ini sebagai tindakan merendah-rendahkan dan memperlekehkan kuasa Sultan Selangor iaitu Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Jikalah benar DAP menolak usul memperkasakan dan memperkukuhkan institusi Mahkamah Syariah bagi negeri Selangor untuk dibahaskan dalam sidang DUN Selangor, ia juga boleh ditafsirkan sebagai mendahului kuasa Raja atau Sultan Selangor dalam perkara yang bersangkutan dengan hal ehwal Islam. Sayugia diperingatkan, sebarang perkara berkaitan dengan Mahkamah Syariah dan hal ehwal Islam di negeri Selangor adalah terletak di bawah bidangkuasa Tuanku Sultan Selangor.

4. Jika inilah hakikatnya, kenapa YB Hannah menolak usul memperkasakan dan memperkukuhkan institusi Mahkamah Syariah bagi negeri Selangor untuk dibahaskan dalam sidang DUN Selangor? Kenapa beliau masih tidak faham faham kuasa yang ada pada Tuanku Sultan Selangor dan kenapa beliau tidak meninjau hasrat dan keinginan masyarakat Islam di Selangor yang inginkan institusi Mahkamah Syariah diperkasakan?

5. PERKASA memberi amaran keras kepada Hannah Yeoh agar tidak biadab dan mengganggu kuasa Tuanku Sultan Selangor dan urusan hal ehwal Islam serta kepentingan umat Islam dalam negeri Selangor. Beliau wajib menerima usul berkaitan untuk dibahaskan demi kepentingan umat Islam dalam negeri Selangor. Apatah lagi ia tidak melibatkan bukan Islam di Selangor ataupun di Malaysia.

6. PERKASA juga mengesa wakil-wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat dalam DUN Selangor agar mempertahankan pemerkasaan Mahkamah Syariah di Selangor. Jangan biarkan puak-puak dan musuh-musuh Islam memperkotak katikkan kepentingan Islam, institusi dan umat Islam dalam negeri yang bertuah ini.

7. PERKASA akan sentiasa di hadapan bagi mempertahankan kepentingan Islam, institusi dan umat Islam di mana-mana sahaja di bumi Allah yang maha luas ini pada sebilang masa.


Dr. Amini Amir Abdullah

Pengerusi
BIHALIM PERKASA MALAYSIA
10 November 2017.
© all rights reserved
made with by templateszoo