NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kemelut dalaman antara PKR dan DAP di Pulau Pinang



GEORGETOWN: Kemelut dalaman antara PKR dan DAP di Pulau Pinang semakin ketara apabila PKR negeri, menyatakan sokongan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kebun Bunga, Cheah Kah Peng, yang dilarang menguruskan pendaftaran mangsa banjir oleh kerajaan negeri.

Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, berkata keputusan menarik peruntukan Kah Peng adalah tidak melalui perbincangan dan rundingan bersama parti berkenaan serta pakatan pembangkang.

"Langkah ini menunjukkan mereka tidak hormat pada hak demokratik penduduk di Kebun Bunga yang mengundi Kah Peng pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

"Sebagai wakil rakyat yang menerima mandat sah daripada penduduk Kebun Bunga, beliau tidak sepatutnya dilarang daripada menjalankan tanggungjawabnya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kah Peng, yang berkecuali ketika undian usul ADUN BN berhubung isu tambakan tanah di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dua tahun lalu, dilarang menguruskan bantuan banjir kerajaan negeri berjumlah RM700.

Perkara itu dimaklumkan melalui surat bertarikh 20 November lalu yang ditandatangani Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus.

Selain beliau, ADUN Permatang Pasir, Datuk Salleh Man daripada PAS juga tidak dibenarkan menguruskan permohonan bantuan mangsa banjir.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng, bagaimanapun dalam kenyataannya berkata, keputusan itu dibuat susulan 'perubahan prosedur dalaman'.

Katanya, tugas Kah Peng akan diambil alih ADUN Pulau Tikus, Yap Soo Huey yang akan membantu menguruskan pendaftaran mangsa banjir supaya ia dapat diselesaikan dalam tempoh 10 hari.

Sementara itu, Kah Peng berkata, beliau akan terus membantu penduduk Kebun Bunga yang memerlukan bantuan untuk mendaftar bagi mendapatkan wang sumbangan RM700 bagi setiap keluarga.

"Ia (halangan) adalah sesuatu yang buruk, bahkan mereka tidak memberi saya penjelasan," katanya.--BHarian
© all rights reserved
made with by templateszoo