NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PPR Lembah Subang Masih Di Bawah MBPJ




PPR Taman Putra Damai, Lembah Subang masih lagi diselenggarakan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Bandaraya Petaling Jaya.


Walaupun KPKT mendakwa telah mengambil alih PPR itu namun kerja-kerja pembersihan masih dilakukan oleh MBPJ.



Terdapat 8 blok di PPR itu dan 4 orang pekerja telah ditugaskan untuk membersihkan setiap blok setiap hari.


1 orang pekerja akan membersihkan tingkat bawah seperti longkang-longkang sementara 3 orang pekerja di tingkat-tingkat atas.


MBPJ mempunyai pejabat di Blok D yang diuruskan oleh 4 orang kakitangan yang bertanggungjawab menerima aduan dan bayaran sewa dari penduduk.


Pejabat tersebut dibuka dari hari Isnin hingga Jumaat, 8 pagi hingga 5 petang. Ia diuruskan oleh seorang Penolong Jurutera.

Sementara lif-lif masih diselenggara oleh 2 syarikat yang dilantik oleh MBPJ. Buat masa ini MBPJ akan memastikan terdapat sekurang-kurangnya satu lif yang berfungsi bagi setiap blok.

Penyelenggaraan kerja-kerja mekanikal dan elektrikal ini diuruskan oleh Jabatan Kejuruteraan MBPJ.

Terdapat juga seorang pengawal keselamatan bagi setiap blok yang disediakan oleh MBPJ.

Dalam lawatan saya pada 5 Oktober, saya telah menegaskan bahawa PPR tersebut masih di bawah MBPJ maka penduduk perlu membayar sewa mereka kepada MBPJ dan bukan KPKT.

Sekiranya penduduk membayar kepada KPKT dan kutipan sewa oleh MBPJ tidak mencukupi untuk menanggung kos penyelenggaran maka penduduk akan berhadapan dengan masalah kerana KPKT tidak akan melakukan penyelenggaraan.

Selain dari menguruskan penyelenggaraan PPR itu, MBPJ juga menggerakkan program komuniti melalui Pusat Aktiviti Penjanaan Pendapatan Komuniti Bandar (PPKB) di PPR tersebut.

Di antara programnya adalah menjahit apron dan beg dari kain rentang terpakai dan membuat dan menjual kuih pau.

Oleh yang demikian, MBPJ bukan sahaja prihatin terhadap penyelenggaraan bangunan tetapi pembinaan komuniti.

YB Dato' Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar
Negeri Selangor
7 Oktober 2017

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo