Meletakkan Sifat Berani di Tempatnya



oleh Rijaluddin Hj. Ahmad

Pemikir klasik seperi Voltaire pernah menyatakan bahawa fakta-fakta sejarah yang bersifat runcitan dan tidak membawa faedah tujuannya hanya akan berupa bebanan yang tidak diperlukan kepada seorang askar ketika bertempur. Sejarah perlu diteliti daripada perpektifnya yang tepat untuk mendapatkan kesan pensejarahannya yang betul. Oleh yang demikian, janganlah kita jadi seperti Abdullah Munsyi yang menterjemahkan kehidupan orang-orang Melayu kepada Sir Stamford Raffles dari atas geladak kapal Inggeris!

Sebagaimana ramai cuba kitarkan semula bahawa Perlembagaan Persekutuan kita adalah sekular, begitu juga menafikan kebenaran yang disampaikan oleh agamawan seharusnya tidak menjadi satu kesalahan dalam undang-undang negara. Jika trend ini diteruskan, maka seperti maksud sabda Nabi SAW: apabila sesuatu urusan diberi kepada yang bukan ahlinya; nantikanlah saat kehancurannya.

Nusantara sendiri pastinya tidak kurang tenaga ulamak, ilmuwan dan agamawan sejak kurun kelima belas dengan nama-nama besar seperti Tun Seri Lanang, Hamzah al-Fansuri, Shamsuddin al-Sumaterani, Nuruddin al-Raniri, Abdul Rauf al-Singkel, Raja Ali Haji dan sebaris lagi seumpamanya. Alhamdulillah, limpahan ilmu yang dicurahkan tetap jatuh ke tangan anak-anak didik mereka sehingga ke hari ini.

Kini muncul pula kumpulan yang menyokong agenda liberalisme dan sedang mengembang-biakkan sekularisme dan pluralisme di dalam negara ini, dengan mencuba kononnya mendukung amanat yang dibawa oleh Majlis-Raja-Raja dalam membendung “extremise agama” yang diperkatakan oleh golongan agamawan. Isu “Muslim Dobi” yang mula dibawa oleh The Star yang sudah begitu banyak bukti bersifat anti-Islam di bawah Wong Chun Wai (lihat http://www.tanjak.my/wong-chun-wai-getting-more-strident-by-the-day/) sedemikian hebat dispin ceritanya sehingga membawa kemurkaan Sultan Johor dan disambut-tambah oleh kalangan liberalis-sekularis-pluralis terkenal yang terlalu banyak nama nak disebutkan di sini. 

Namun rupanya di sana masih ada “hati-hati Islam sejati” yang Allah SWT pernah Kurniakan kedudukan padanya selaku Ketua Hakim Negara dengan mengatakan bahawa “pengusaha dobi berkenaan tidak melanggar apa-apa peruntukan undang-undang pun dalam negara. Tun Abdul Hamid (http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/tak-salah-kedai-dobi-muslim-bekas-ketua-hakim-negara/) dengan nada tegas pertahankan hak pengusaha dobi sekaligus martabat Islam:

“Sepanjang ingatan saya, saya tidak pernah berjumpa waima satu peruntukan undang-undang di Malaysia yang mengatakan perbuatan tersebut adalah salah di sisi undang-undang. Tolong tunjuk kepada saya sekiranya ada.”

“Pengusaha laundret adalah seorang individu, bukan pihak berkuasa kerajaan. Peruntukan Perlembagaan mengenai kesamarataan (Perkara 8) tidak terpakai kepada seorang individu. Peruntukan itu hanya terpakai kepada kerajaan.”

“Pengusaha dobi adalah seorang ahli perniagaan. Dia bebas boleh memilih untuk berniaga dengan sesiapa yang dia mahu. Dia tidak perlu beri apa-apa sebab kepada sesiapa.

“Peniaga tentu sekali mahu perniagaannya maju. Justeru, dia perlu menarik seberapa ramai pelanggan ke kedai. Jika sebagai pengusaha laundret, dia dapati bisnes lebih maju apabila ia dibuka kepada orang Islam sahaja. Maka terserahlah kepadanya untuk membuka operasi kedainya kepada orang Islam sahaja.” 

Inilah di antara contoh berkata benar secara tertib dan beradab dalam keadaan apa sekalipun, hatta di hadapan seorang pembesar demi kebenaran. Begitu juga dengan isu “Malaysia sebuah negara sekular” yang sudah dijawab oleh seorang pakar undang-undang, sekali lagi berupa mantan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz dalam syarahan terbukanya bahawa Islam is the law of the land bagi Malaysia. 

Lebih dalam daripada itu, Tun Fairuz berpandangan (rujuk http://www.alumniuitm.org.my/site/?p=10743) bahawa Artikel 4 Perlembagaan Persekutuan memperkuatkan Artikel 3(1) dengan maksud:

“Undang-undang yang berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal setakat ianya berlawanan. Justeru itu, undang-undang yang berlawanan dengan al-Qur’an dan Sunnah juga turut terbatal, setakat mana ianya berlawanan dengan al-Qur’an dan Sunnah.” 

Tidak berapa lama dahulu sekitar dalam tahun 1988, perkara yang hampir sama berlaku ke atas seorang pakar undang-undang juga, yang secara kebetulan adalah mantan Ketua Hakim Negara juga, yakni Tun Salleh Abbas, yang dipecat daripada perjawatannya (https://www.malaysiakini.com/news/12018) kerana berkata benar walaupun kata-katanya berupa menentang government of the day (https://www.youtube.com/watch?v=6TnF_U_yOKk).

Dan kita pasti rakyat juga tidak sedar akan kata-kata peringatan Almarhum Tuanku Azlan Shah, yang juga merupakan mantan Ketua Hakim Negara suatu ketika dahulu sebagaimana dilaporkan dalam akhbar The Star bertarikh 19 April 2009 (pastinya sebelum Wong Chun Wai dan kalangan ultrakiasu dan ultrarasis (http://www.tanjak.my/ketua-pengarang-akhbar-ultra-kiasu-yang-bapak-segala-rasis/) mengambilalih akhbar The Star berkenaan) bahawa:

“Rulers are above politics and as such they cannot participate in open debates to answer allegations hurled against them by political groups. He said the actions of certain political groups in provoking the people and sowing seeds of hatred against the rulers was akin to fanning “embers in the chaff” which, he said, was a dangerous act and could destroy the peace enjoyed by the people and the country. These groups are allowing the end to justify the means by condoning such acts. These groups and individuals feel that they are faultless and immune from any action, to the extent of disregarding the law for the sake of attaining power. In facing the global economic crisis, too much politicking is not helpful to the people who are struggling to make ends meet.” 

“It should be stressed that the constitutional monarchy has three rights -- the right to give views and counsel, the right to encourage and motivate, and the right to remind and reprimand. The role of the constitutional monarchy goes beyond what is stipulated in the Constitution. The rulers have a far wider responsibility in ensuring that the spirit of the Constitution, the philosophy behind the written law, and the interest of the country and the people are safeguarded at all times.” 


“These are the basis of understanding and the ingredients which resulted in the formation of an independent and sovereign nation, enabling its people to live in peace and harmony.” (lihat http://www.thestar.com.my/news/nation/2009/04/19/rulers-are-above-politics-sultan-azlan-shah-update/).

Syukurlah bahawa kata-kata kesemua bekas Ketua-Ketua Hakim Negara Malaysia yang penuh-sarat dengan legal wisdom dan kebenaran itu masih segar dalam lipatan sejarah kita. Apakah secara kebetulan kata-kata berani seumpama itu dinafikan begitu sahaja oleh kebanyakan orang termasuk pimpinan hari ini, seperti yang mula dirasai netizen? 

Socrates pernah berkata: “when the debate is lost, slander becomes the tool of the loser!” Namun sayang sejuta kali sayang jika rakyat dan pimpinan hari ini dilihat membelakangkan kebenaran walaupun ia pahit untuk ditelan. Bukankah itu ajaran Rasulu’Llah SAW untuk umatnya, terutamanya bagi yang berstatus “ilmuwan, ulamak, agamawan” apatah lagi pemimpin yang termasuk dalam istilah “Ulil Amri,” untuk berkata benar walaupun pahit di mana jua? 

Janganlah sekali-kali berselindung dalam istilah “strategi politik” kononnya kerana berbohong dalam keadaan sedemikian menepati satu dari tiga ciri munafiq tegar. Lebih dahsyat jika perhitungan peti undi lebih diberi keutamaan daripada mempertahan martabat dan maruah Islam. Na’uzubillahi min zalik! 

Semoga doa yang bacakan oleh para Khatib Jumaat setiap minggu dan diaminkan oleh seluruh saff jumaat di seluruh negara dimakbulkan; khususnya segmen membuka hati pemimpin dan umat Islam ke arah jalan yang benar. Allah SWT telah berfirman (maksudnya):

“Hai orang-orang mukmin. Jika kamu membantu (Agama) Allah; maka Allah akan membantumu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad, ayat 7) 

Itulah Janji Allah SWT yang termaktub dalam Kitab-Nya yang terakhir sebagai panduan untuk seluruh umat manusia sehingga Hari Kiamat. Dan Dia tidak mungkin memungkiri Janji-Nya. Hanya kita sebagai umat-Nya mesti yakin atas Ayat-Ayat-Nya. 

Marilah kita semua kembali kepada-Nya dengan meyakini setiap Ayat-Ayat-Nya.







Labels:
Reactions:
[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget