NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DAP: Dedah senarai nama 68 calon Pemilihan CEC Disember ini



KUALA LUMPUR: DAP mendedahkan 68 calon akan bertanding bagi Pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) dalam kongres khas parti itu, 12 November ini.

Menurut Setiausaha Pengelola Kebangsaan DAP, Anthony Loke, daripada jumlah itu, lima daripadanya keluar parti dan seorang meninggal dunia.

“Ada 68 nama yang tertera dalam senarai. Ada lima telah meninggalkan parti DAP dan seorang telah meninggal dunia,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat DAP di sini hari ini.

Lima perwakilan yang telah keluar parti ialah Ahli Parlimen Luyang, Hiew King Cheu, Jaya Balan Valliappan, John Fernandez, Zulkifli Mohd Noor dan Roseli Abdul Gani.
Manakala, seorang calon yang meninggal dunia ialah bekas Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh.

Sementara Setiausaha Agung yang tidak sah jawatan, Lim Guan Eng dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang turut tersenarai sebagai ahli.

"Lima calon berkenaan telah meninggalkan parti dan menyertai parti lain. Seperti yang diarahkan (mengikut perlembagaan parti), kalau orang-orang yang dipecat daripada DAP, mereka masih dalam senarai ini,"

"Kita hanya memaklumkan semua orang (dalam senarai), kita tidak bertanya sama ada mereka akan datang atau tidak, terpulang pada mereka. Adalah menjadi hak perwakilan untuk hadir, kalau mereka dapat notis pemberitahuan, mereka boleh memilih untuk hadir atau sebaliknya," jelasnya lagi.

Dalam pada itu Loke membidas kenyataan sesetengah pihak yang mendakwa pemilihan semula berkenaan adalah tidak sah kerana tidak mengikut perlembagaan parti.

"Memang dalam perlembagaan parti kita, kalau nak adakan kongres tiga tahun sekali memang kena ada notis 10 minggu dihantar kepada perwakilan. Namun ini bukan kongres biasa, sebaliknya kita mengadakan pemilihan CEC dalam Kongres Khas DAP," tambahnya.

Jelas beliau, pemilihan CEC dibenarkan dalam Kongres Khas DAP berdasarkan peruntukan dalam perlembagaan parti.

"Keduanya, permintaan atau syarat untuk menghantar notis sekurang-kurangnya 14 hari sebelum pemilihan diadakan adalah diminta pihak RoS melalui kita," kata beliau.

DAP mengadakan pemilihan untuk CEC parti itu pada 15 Disember 2012 untuk berkhidmat bagi tempoh 2013 hingga 2016.

Bagaimanapun wujud kesilapan teknikal semasa pemilihan, mendorong parti terbabit mengadakan pemilihan semula pada 29 Sept 2013.

Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengumumkan pemilihan semula itu tidak sah dan DAP perlu melakukannya sekali lagi kerana mendakwa ada perwakilan tidak dibenarkan mengundi, manakala perwakilan yang tidak berhak pula terbabit dalam proses pemilihan berkenaan.

© all rights reserved
made with by templateszoo