NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Budaya songsang dan sesat, Kerajaan digesa ambil tindakan segera. - PERMATA



KUALA LUMPUR: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) menggesa agar pihak berwajib mengambil tindakan tegas terhadap fahaman dan kelakuan yang bercanggah dengan norma tatasusila masyarakat majmuk di Malaysia.

Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Di-Pertua Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) Datuk As’ari Bin Ibrahim terhadap isu yang menggugat keharmonian Malaysia ketika ini.

Menurut beliau, isu tersebut menjurus kepada satu bentuk ancaman yang jelas bercanggah dengan norma-norma kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia.

“Antara isu-isunya adalah fahaman liberal seperti pesta arak, budaya songsang, budaya kuning, LGBT, penghinaan al-Qur’an, penyebaran ajaran yang sesat dan tidak sesuai seperti Qadiani, Salafi Jihadi, Wahabi, Syiah, Anti-Hadis dan sebagainya,” ujar beliau.

Selain itu, beliau berkata gerakan kumpulan ajaran sesat iaitu Qadiani masih wujud malah bergiat aktif di Kampung Nakhoda, Gombak. Katanya, kumpulan tersebut masih melaungkan azan seperti azan orang Islam namun tiada tindakan tegas oleh pihak Majlis Perbandaran Selayang (MPS) walaupun penduduk kawasan tersebut telah membuat aduan.

“Isu-isu ini seperti ini telah lama tersebar di Malaysia. Namun, apa yang menjadi kebimbangan kita ialah kurang tindakan tegas dan berkesan untuk membanteras masalah ini secara konsisten,” luah beliau.

Mengenai dakwaan kontroversi seorang aktivis LGBT bahawa Nabi Ismail ialah anak luar nikah, Datuk As’ari Ibrahim menyifatkan tuduhan itu sebagai melampau kerana melibatkan Nabi Allah SWT yang menjadi tauladan untuk ummat Islam dan dimuliakan oleh Allah SWT.

Justeru itu, beliau menegaskan agar pihak-pihak berwajib memainkan peranan serta tindakan yang lebih proaktif dan efektif bagi membanteras ancaman-ancaman seperti ini secara konsisten.

Sumber: https://www.menara.my/budaya-songsang-sesat-kerajaan-digesa-ambil-tindakan-segera-pertama/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo