Header Ads

Menteri Beri Tumpuan Kepada Selangor Tetapi Negeri-Negeri Lain Diabaikan.



Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar digesa agar tidak hanya memberi tumpuan kepada Negeri Selangor tetapi juga kepada negeri-negeri lain.

Tan Sri Noh sejak dilantik sebagai Menteri telah menumpukan masa dan perhatian beliau kepada Negeri Selangor.


Akibat dari itu negeri-negeri lain telah terabai.

Terdapat masalah-masalah perumahan seperti kegagalan menguruskan rumah-rumah pangsa di negeri-negeri lain seperti di Negeri Johor.

Tetapi Menteri telah memberi tumpuan kepada Negeri Selangor walaupun Kerajaan Negeri Selangor mempunyai program-program perumahan yang komprehensif.

Menteri dan Kementerian mesti sedar bahawa negeri-negeri lain juga perlu disalurkan peruntukan khas.

Walau bagaimanapun kami mendapat maklumat bahawa terlalu banyak yang telah dijanjikan oleh Menteri untuk Negeri Selangor.

Negeri-negeri perlu diberikan perhatian kerana terdapat masalah perumahan yang kronik.

Sebagai NGO yang bertanggungjawab kami melakukan turun padang ke sebuah rumah pangsa di Johor untuk membuktikan bahawa terdapat masalah yang serius yang perlu diberi perhatian oleh Menteri.

Rumah pangsa itu adalah Taman Megah Ria di Pasar Gudang yang terdapat 17 blok.

Keadaannya amat menyedihkan dengan sampah yang bertimbun di dalam dan di luar bangunan oleh kerana pengurusan yang lemah.

Oleh itu, kami menggesa agar Tan Sri Noh membuka mata dan menjengok ke Negeri Johor.

Janganlah akibat keghairahan untuk menawan Negeri Selangor negeri-negeri lain menjadi korban.

Ab.Aziz bin Abdullah
Pengerusi Pusat Aduan Rakyat (PAR)Johor
Tel : 013-7649899
14 Jun 2017
See Translation