Header Ads

Airbus #Airasia A330 : Geng Ustaz Ucap Syukur Dan Tahniah!




Firman Allah swt dalam surah al Isra' ayat 67, 

وَإِذَا مَسَّكُمُ الضُّرُّ فِي الْبَحْرِ ضَلَّ مَنْ تَدْعُونَ إِلَّا إِيَّاهُ ۖ فَلَمَّا نَجَّاكُمْ إِلَى الْبَرِّ أَعْرَضْتُمْ ۚ وَكَانَ الْإِنْسَانُ كَفُورًا

Maksudnya, ".. Dan apabila kamu terkena bahaya di laut, (pada saat itu) hilang lenyaplah (dari ingatan kamu) makhluk-makhluk yang kamu seru selain dari Allah; maka apabila Allah selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling tadah (tidak mengingatiNya); dan memanglah manusia itu sentiasa kufur (akan nikmat-nikmat Allah)..."

1. Pertubuhan Pendokong dan Pencinta [email protected] USTAZ bersyukur dan merakamkan tahniah kepada juruterbang pesawat A330 yang merupakan seorang Muslim yang meminta agar penumpang membacakan doa ketika pesawat berkenaan manghadapi masalah teknikal dalam penerbangannya dari Perth ke Kuala Lumpur baru-baru. 

2. Tindakan spontan setiap manusia apabila dalam situasi lemah, terdesak dan ketakutan, nescaya mereka akan kembali kepada pencipta iaitu Allah azza wajalla. 

3. Sebagai seorang Muslim, doa adalah "tool" penting dalam setiap urusan. Malah doa dianggap kemuncak pengharapan diletakkan dalam jiwa manusia sesudah mereka melakukan sesuatu perkara. Keyakinan itu bertambah dalam setiap Muslim apabila mereka berdoa kepada Allah swt. 

4. Geng Ustaz memuji Kapten dan Juruterbang Airbus A330 berkenaan yang mendidik jiwanya dan seluruh penumpang agar menyerahkan diri kepada Allah swt dikala situasi yang sangat berhajat kepada pertolongan sang Pencipta. Inilah sikap dan seorang Muslim Mukmin.



5. GENG USTAZ juga kesal terhadap Datuk Zaid Ibrahim yang membidas juruterbang berkenaan seperti yang dilaporkan dalam Malaysiakini. Apakah Datuk Zaid tidak menyukai seorang juruterbang yang beriman dan memiliki perasaan jiwa takut kepada Tuhan memandu pesawat?. Tidak wajar seorang yang mengaku Islam mempertikai juruterbang berkenaan hanya kerana dia meminta doa dibacakan. 



6. Apakah Datuk Zaid ini ketinggalan zaman atau terlepas info, bahawa sudah banyak syarikat penerbangan antarabangsa bertaraf dunia kelas pertama yang memasukkan doa menaiki pesawat dalam prosedurnya? . Adalah memalukan sikap Datuk Zaid ini, membuat komentar dalam perkara sebegini. Janganlah sampai tidak menyukai, skeptikal dan prejudisnya terhadap unsur agama Islam. Mungkin Datuk Zaid tidak sedar diri dia berada di darat dalam zon selesa. Cubalah merasai perasaan dan cemasnya penumpang di udara ketika itu,  nescaya Datuk Zaid pun pasti teringat pada Allah swt dengan menadah tangan berdoa. 

8. GENG USTAZ juga merasakan syarikat penerbangan di Malaysia yang memasukkan bacaan doa dalam salah satu prosedur memulakan penerbangan atau ketika situasi cemas sebagai langkah yang mulia dan harus dipuji dan dicontohi. 

9. GENG USTAZ juga memuji kenyataan Kamaruddin Meranun Ketua Eksekutif AirAsia yang mempertahankan Kapten pesawat AirAsia A330 berkenaan atas respon negatif Datuk Zaid Ibrahim. Kenyataan ini adalah gambaran bagaimana masyarakat menolak sikap sebahagian orang yang membenci terhadap Islam.

Tahniah dan Syukur Alhamdulillah. 


Daripada :

Ustaz Norazli Musa
Presiden Pertubuhan Pendokong dan Pencinta [email protected] USTAZ
3 Syawwal 1438H / 27 Jun 2017