NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bantahan Perasmian Kilang Vape oleh Timbalan Menteri KPDNKK


PAPISMA Malaysia bersama dengan beberapa NGO lain membantah secara terbuka kepada YB Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato' Henry Sum Agong atas penglibatan YB dalam perasmian Kilang Vape of Malaysia di Nilai pada 12 Mei 2017 nanti. - Dato' Dr Suhaini Kadiman, Presiden PAPISMA Malaysia

Kenyataan Media PAPISMA Malaysia
Bantahan Perasmian Kilang Vape oleh Timbalan Menteri KPDNKK

Isu e-rokok dan vape ini bukan dilihat kepada ketagihan nikotin semata-mata, tetapi sudah terdapat laporan yang vape mengundang bahaya kepada anak-anak dan remaja. Generasi bersih ini mula dikotori dengan sikap tidak bertanggungjawab para perokok vape. Kajian juga mendapati vape menjadi punca pemula kepada pengedaran dadah merbahaya.

Justeru, sebarang pembukaan kilang vape secara besar-besaran akan menjadi rantaian utama kepada kerosakan demi kerosakan. Kami amat bersetuju dengan pandangan Sahibus Samahah Datuk Dr Zulkifli Al Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan mengharamkan vape kerana berlandaskan kaedah fekah Sa'du Zarai'e. Pelbagai berita yang tidak menyenangkan masyarakat sehingga menimbulkan hegamoni politik. Lebih membimbangkan terdapat bukti bahawa vape ini adalah jalan masuk kepada penyalahgunaan dadah, adalah amat sesuai penetapan hukum sebegini dikeluarkan.

Dengan ini, PAPISMA Malaysia bersama dengan beberapa NGO lain membantah secara terbuka kepada YB Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato' Henry Sum Agong atas penglibatan YB dalam perasmian Kilang Vape of Malaysia di Nilai pada 12 Mei 2017 nanti. 

PAPISMA Malaysia juga mendesak kepada Kerajaan Negeri Sembilan menarik balik premis kelulusan pembinaan kilang berkenaan. Jangan sesekali kerana ingin mengaut keuntungan yang sedikit, tetapi menggadai kesihatan rakyat. Bukti sudah cukup kukuh dikaitkan kemudaratan vape ini walaupun tanpa nikotin.


Dato' Dr Suhaini Kadiman
Presiden
PAPISMA Malaysia

8 Mei 2017                        
© all rights reserved
made with by templateszoo