Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

AS, Saudi meterai janji



RIYADH - ARAB SAUDI. Amerika Syarikat (AS) dan Arab Saudi, kelmarin menandatangani perjanjian senjata bernilai hampir AS$110 bilion (RM475 bilion) pada hari pertama lawatan Presiden Donald Trump ke negara sekutu tradisional Washington itu.

Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson berkata, pakej perkhidmatan dan peralatan pertahanan itu akan menyokong keselamatan jangka panjang Saudi dan seluruh negara Teluk.

Sementara itu, Menteri Luar Saudi, Adel al-Jubeir menyifatkan ia sebagai hari bersejarah yang akan menjadi titik permulaan hubungan antara AS dan negara Islam.

"Ia adalah sebahagian daripada siri perjanjian perdagangan lebih luas. Jumlah nilai pelaburan tersebut adalah lebih AS$380 bilion (RM1.6 trilion) yang akan mewujudkan ratusan ribu peluang pekerjaan di Riyadh dan Washington," jelasnya. - al-Jazeera