NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Benarkah ABIM lebih lunak terhadap PAS?



(Bahagian 1)

Sekiranya anda menganggap bahawa PAS mencadangkan Azmin sebagai MB Selangor dahulu tanpa sebarang strategi, maka anda silap.

YAB Azmin adalah "frontiersman" ABIM di dalam PKR. Namanya diberikan oleh Pimpinan ABIM kepada PAS untuk dilantik sebagai MB Selangor.

Selepas YAB Azmin menjadi MB Selangor, beliau telah menggantikan pimpinan Unisel dengan orang kuat ABIM. Apa yang berlaku, agak mengejutkan terhadap kalangan IKRAM terutamanya yang diambil bekerja secara kontrak. Saya sendiri rasa simpati.

Jika anda menyangka bahawa Tuan Mustafa Kamil Ayub mendokong Kongres Rakyat secara kebetulan, saya amat yakin bahawa anda silap. Mustafa Kamil Ayub dihantar oleh pimpinan ABIM untuk membantu PAS menjayakan Kongres Rakyat.

ABIM mengamalkan Politik Trinity. Mereka akan membantu mana mana pihak yang hendak melaksanakan Islam dengan menghantar wakil mereka termasuklah PAS dan UMNO. Bagusnya ialah mereka ini diarahkan untuk membantu, bukan mengambil alih.

Jika anda rasa, bahawa Sdr Anuar Tahir menjadi Setiausaha Parti Amanah Negara itu secara kebetulan, saya yakin bahawa anda silap. Beliau dihantar oleh pinpinan ABIM bagi membantu Parti Amanah Negara.

Bersambung...

Mohon kritikan dan pandangan.

Dr Ishak Ibrahim.
Penganalisis Politik
© all rights reserved
made with by templateszoo