PAS Akan Saman Siaran Karikatur Monyet - 1Media.My

Header Ads

PAS Akan Saman Siaran Karikatur Monyet

PAS tidak boleh berkompromi dalam perkara yang seumpama ini dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab. Untuk itu PAS telah pun melantik Peguam dan mengarahkan agar tindakan undang-undang diambil dengan kadar segera.  - Dato' Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung PAS.


KENYATAAN MEDIA PAS PUSAT

SIARAN KARIKATUR MENGHINA 'NANYANG SIANG PAU'

1. PAS Pusat memandang serius langkah Akhbar NANYANG SIANG PAU dengan sengaja dan dengan niat menyiarkan Karikatur yang menghina Presiden PAS dan Yang DiPertua Dewan Rakyat di muka B2 akhbar itu pada 8 April 2017 yang lalu.

2. PAS menganggap penyiaran tersebut dalam semua keadaan bertujuan menghina bukan sahaja Presiden PAS dan Yang DiPertua Dewan Rakyat, malah semua ummat Islam dan juga Undang-undang Islam. 

3. PAS tidak boleh berkompromi dalam perkara yang seumpama ini dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab. Untuk itu PAS telah pun melantik Peguam dan mengarahkan agar tindakan undang-undang diambil dengan kadar segera. 

4. Dalam hal ini PAS juga menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengkaji semula permit penerbitan akhbar berkenaan dan mengambil tindakan yang sewajarnya. 

Terima kasih. 

Dato' Takiyuddin Hassan, 
Setiausaha Agung PAS.

Bertarikh: 11 April 2017.

S.k.: Tetuan Tengku Amilin 'A-Ishah Puteri, Faizi & Wan Rohimi,
(Peguambela & Peguamcara)
U.p.: Encik Wan Rohimi bin Wan Daud.


Sumber: https://www.pas.org.my/arkib/su-agung/11245-kenyataan-media-pas-pusat-siaran-karikatur-menghina-nanyang-siang-pau