Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

Inflasi naik lagi! Kerajaan diminta jangan terlelap!


Tiga faktor utama yang telah menyumbang kepada kenaikan inflasi: harga minyak yang tinggi, kelemahan nilai ringgit dan kerajaan yang lambat bertindak.Apakah kerajaan sedang mengharapkan bahawa kadar inflasi ini akan menurun dengan sendirinya tanpa perlu melakukan apa-apa? PAS ingin mengingatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa ketika beliau memberikan keyakinan pada rakyat Malaysia bahawa nilai Ringgit akan pulih pada tanggal 9 December 2016 yang lalu, nilai Ringgit berada pada tahap RM4.40 ke USD $1.Dan setelah 4 bulan dan 10 hari berlalu, nilai Ringgit masih berada pada tahap RM4.40 ke USD$1! Jelas keyakinan yang diberikan itu sekadar penyedap hati.Inflasi meningkat lagi di bulan Mac. Kini, ia berada di tahap 5.1%, meningkat 0.6% berbanding bulan Februari 2017. - Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS

Tiga faktor utama yang telah menyumbang kepada kenaikan inflasi: harga minyak yang tinggi, kelemahan nilai ringgit dan kerajaan yang lambat bertindak.
Apakah kerajaan sedang mengharapkan bahawa kadar inflasi ini akan menurun dengan sendirinya tanpa perlu melakukan apa-apa?
Kerajaan dinasihatkan jangan meletakkan harapan bahawa harga minyak sedunia boleh menjadi stabil untuk dua suku terakhir 2017. Ini kerana ketegangan di peringkat dunia akan menjadi semakin tidak menentu dengan tindakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang bukan sahaja melulu, bahkan beremosi dan sukar dijangka.
Jika kerajaan meletakkan harapan bahawa inflasi akan pulih dengan pemulihan nilai Ringgit, PAS ingin mengingatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa ketika beliau memberikan keyakinan pada rakyat Malaysia bahawa nilai Ringgit akan pulih pada tanggal 9 December 2016 yang lalu, nilai Ringgit berada pada tahap RM4.40 ke USD $1.
Dan setelah 4 bulan dan 10 hari berlalu, nilai Ringgit masih berada pada tahap RM4.40 ke USD$1! Jelas keyakinan yang diberikan itu sekadar penyedap hati.
Setakat ini, sebenarnya tiada apa-apa jaminan yang boleh memastikan nilai Ringgit akan pulih mahupun harga minyak sedunia akan kembali stabil di 2017. Bahkan, kerajaan sendiri pun tidak pasti.
Memandangkan SPRM kini semakin hebat membantu kerajaan membasmi rasuah, sepatutnya perbelanjaan kerajaan dah berkurangan ekoran kurangnya kebocoran dan ketirisan.

Penjimatan itu kini boleh disalurkan kembali sebagai subsidi kepada rakyat untuk menampung kenaikan kos sara hidup ini.
Subsidi rakyat tidak wajar ditarik balik kerana kegagalan kerajaan menangani isu kebocoran dan ketirisan.
Selain itu, sistem GST yang amat menganiaya rakyat golongan berpendapatan sederhana dan rendah (golongan B40) perlu dimansuhkan. Hasil pendapatan negara melalui GST boleh ditampung dengan cukai atas simpanan syarikat dan korporat, dan cukai atas keuntungan perdagangan saham bagi menampung ekonomi negara.
Langkah ini dipercayai akan dapat meningkatkan kemampuan perbelanjaan dan kekuatan modal golongan B40 berbanding GST tatkala berdepan dengan kenaikan inflasi yang dirasai hari ini.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
19 April 2017