NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Surat Terbuka



Surat Terbuka

Datin Seri Wan Azizah
Presiden PKR.
Pimpinan Parti PKR.

D.S Wan Azizah dll.

Suara kecil ini, aku zahirkan sebagai tanda kasih aku kepada DSAI dan para pejuang Reformasi 98, tahun tahun di mana aku masuk ke dalam bersama Tian Chua yg koyak bajunya, zaman kami dengan unjuk rasa setiap Sabtu dan Ahad di Jalan TAR, aku di panggil Abg Man oleh DSAI dan Wan Azizah, bangganya sebagai pejuang rakyat ketika itu.

Alhamdulillah, dengan izin Allah,  PKR kita berlindung "panas dan hujan" di payung PAS, dan mulai bertapak seterusnya sebagai Kerajaan PR di Selangor dan lain-lain. Umur 50an penoh cita rasa jiwa pejuang.

Hari ini, dengan kudrat 70 tahun, aku hanya mampu melihat perjuangan dari mata dan hati sahaja. Tetapi malang sungguh perjuangan rakyat hanyalah tinggal sisa dan retorik. Nafsu jembalang apakah PKR melakukan sumbang berahi dengan PAN, genetik derhaka dan khianat. Hari ini PKR di mata PAS ialah serigala lapar tapi mandul aqal menilai siapakah sepatutnya di dampingi. 

Lagi sekali Reformis 98 di khianati pimpinan apabila bergandingan dgn PPBM pimpinan Jembalang yang menghantar DSAI ke penjara. Kegilaan kuasa sungguh kamu semua, setiakawan dan penghargaan kpd kami di longkangkan semata-mata fatamorgana Putrajaya. Jerih kami meneroka ruang, perih kami menanam benih harapan...hasilnya KAYU TIGA. 

Masih terasa belantan 20 tahun lalu, air asid di Kampung Baru, boot kulit bertapak di belakang dan berusiran di jalan Istana juga Masjid Negara...walhasil manusia seperti Azmin, Zuraida, Rafizi, Saifuddin, Mohd Nor Manuty dan lain lain sanggup bermain kayu tiga dengan Pan, PPBM dan Dap demi Putrajaya. Prinsip apa yg kamu semua pakai?

Hari ini, aku longlai melihat sifat dan sikap kamu semua menyantuni kami, madu kami hulurkan, tuba yang kamu balaskan. Tunggulah kifarah seterusnya. PAS yang kamu hidup menumpang, PAN sang pengemis yang kamu gilakan.

Ahli PKR Pengundi PAS. Hidup biar bermaruah. Jangan bicara soal rakyat jika kamu sendiri sudah berkhianat.

Hj Zul Osman Abahim
Kajang, Selangor.
10/03/17
© all rights reserved
made with by templateszoo