NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

#RUU355: Isu Berkaitan Usul YB Marang

 Setiausaha Dewan Rakyat telah memohon maaf dan menjelaskan bahawa usul YB Marang di bawah Peraturan Mesyuarat 49(1) iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 seperti mana yang terpapar di dalam Tentatif Aturan Urusan Mesyuarat yang bertarikh 7 Mac 2017 yang disiarkan semalam adalah usul lama tanpa pindaan. Setiausaha Dewan Rakyat juga menjelaskan bahawa ini adalah satu kesilapan teknikal yang tidak disengajakan oleh Bahagian Pengurusan (Dato' Sri Azalina Othman Said, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri)



KENYATAAN MEDIA
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
DATO' SRI AZALINA OTHMAN SAID


KUALA LUMPUR - Merujuk kepada isu berkaitan usul YB Marang yang disiarkan oleh media semalam. Saya telah menerima surat daripada Setiausaha Dewan Rakyat bertarikh 2 Mac 2017 di mana beliau telah memohon maaf dan menjelaskan bahawa usul YB Marang di bawah Peraturan Mesyuarat 49(1) iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 seperti mana yang terpapar di dalam Tentatif Aturan Urusan Mesyuarat yang bertarikh 7 Mac 2017 yang disiarkan semalam adalah usul lama tanpa pindaan.

2. Setiausaha Dewan Rakyat juga menjelaskan bahawa ini adalah satu kesilapan teknikal yang tidak disengajakan oleh Bahagian Pengurusan Dewan Rakyat dan pihak Parlimen akan menggantikan usul tersebut dengan usul baharu sebagaimana dipinda oleh oleh YB Marang dalam mesyuarat yang lepas pada 24 November 2016 di dalam Aturan Urusan Mesyuarat muktamad pada hari Selasa, 7 Mac 2017. 
  
DATO’ SRI AZALINA OTHMAN SAID
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
2 Mac 2017
© all rights reserved
made with by templateszoo