NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PASRelief ditubuhkan


HRC @ PASRelief  akan menjadi plarform mengumpul dan menyalurkan bantuan daripada PAS dan seluruh rakyat Malaysia kepada mangsa-mangsa tragedi kemanusiaan di seluruh dunia. 


Oleh: Muhammad Sanusi Md Nor
AJK PAS Pusat

Isnin, 13 Mac 2017 - Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat kali ke-22 pada hari ini bertempat di KUIZM telah meluluskan penubuhan sebuah pusat bagi menangani isu-isu kemanusiaan serantau dan antarabangsa di kenali sebagai PAS Humanitarian Affair & Relief Centre - PASRelief di bawah Lajnah Antarabangsa PAS Pusat.

Matlamat khusus penubuhannya antara lain adalah untuk memberi fokus yang serius kepada isu kemanusiaan dalam kalangan Muslim #Rohingya di Arakan Myanmar,  di kem-kem pelarian, di kalangan komuniti Rohingya di Malaysia dan seluruh dunia.

Selain itu HRC @ PASRelief  akan menjadi plarform mengumpul dan menyalurkan bantuan daripada PAS dan seluruh rakyat Malaysia kepada mangsa-mangsa tragedi kemanusiaan di seluruh dunia.

PASRelief juga akan menjadi pusat pengembelengan sumber dan kepakaran, penganjur program dialog dan perundingan dalam usaha membina peradaban manusia yang menjunjung tinggi nilai-nilai dan norma-norma kemanusiaan sejagat.


© all rights reserved
made with by templateszoo