NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MEMORANDUM SEKRETARIAT UMAT KEPADA Y.B. AHLI PARLIMEN PUCHONG

SEKRETARIAT UMMAT, akan sentiasa memantau dan menggerakkan usaha bagi memastikan semua bentuk agenda yang melibatkan kepentingan Islam di dalam Perlembagaan akan terus dipelihara dan dihormati oleh semua pihak. (Aminuddin Bin Yahya Pengerusi, SEKRETARIAT UMMAT)



MEMORANDUM SEKRETARIAT UMAT
KEPADA Y.B. AHLI PARLIMEN PUCHONG

Kami, SEKRETARIAT UMMAT, mewakili lebih 500 NGO Islam dan Melayu, bersama umat Islam kawasan Parlimen Puchong, menuntut Y.B. Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen Puchong supaya:



1. Menghormati Hak Kebebasan Beragama umat Islam Malaysia sepertimana yang termaktub di dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan dengan tidak masuk campur di dalam perkara melibatkan kepentingan umat Islam di Malaysia.


2. Menghentikan semua bentuk polemik berkenaan usaha perkasa syariah melalui pindaan Akta 355.


3. Menunjukkan kesungguhan Ahli Parlimen Puchong untuk menghormati kedudukan Islam sebagai Agama Negeri bagi Selangor dengan memberi perhatian wajar kepada usaha mengekang premis-premis judi haram, rumah urut, pelacuran serta aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan semua bentuk undang-undang yang diiktiraf di dalam Malaysia di kawasan Parlimen Puchong.


4. Menjunjung prinsip Keluhuran Perlembagaan di dalam Rukunegara dengan menghormati hak perlembagaan Umat Islam untuk memperkasa syariah melalui pindaan Akta 355.


5. Mengambil sikap menyokong atau berkecuali dan BUKAN sikap menentang di dalam sebarang bentuk pengundian yang melibatkan kepentingan Islam di dalam Parlimen.



SEKRETARIAT UMMAT, akan sentiasa memantau dan menggerakkan usaha bagi memastikan semua bentuk agenda yang melibatkan kepentingan Islam di dalam Perlembagaan akan terus dipelihara dan dihormati oleh semua pihak.



Aminuddin Bin Yahya Pengerusi 
SEKRETARIAT UMMAT 
© all rights reserved
made with by templateszoo