NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Parti Ikatan Sertai Himpunan 355

Saya juga berusaha dengan sendiri untuk meyakinkan rakan-rakan saya yang lama di BN bahawa RUU 355 tidak kena mengena dengan hudud ini soal mudah untuk memperkasakan hukuman bagi beberapa jenis yang sekarang ini hukuman itu tidak masuk akal terlalu rendah.
KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) akan menyertai Himpunan 355 yang dianjurkan oleh PAS Febuari nanti.
Perkara itu disahkan oleh Presiden parti tersebut Abdul Kadir Sheikh Fadzir kepada Berita Daily ketika dihubungi.
“Insyallah kami di parti ikatan kami bersama akan turun,” menurutnya.
Himpunan 355 diadakan bagi memberi penerangan mendalam mengenai pindaan Akta Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat, Mac ini.
Himpunan ini turut terbuka kepada semua lapisan masyarakat untuk hadir.
Semua parti politik turut dijemput untuk menyertainya.
Mengulas lanjut, beliau sehingga kini sedang mendekati pemimpin Barisan Nasional (BN) bagi tujuan memberi penjelasan berkenaan  Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang ingin dipinda oleh PAS menerusi usul persendirian Presiden parti itu Abdul Hadi Awang.
“Saya juga berusaha dengan sendiri untuk meyakinkan rakan-rakan saya yang lama di BN bahawa RUU 355 tidak kena mengena dengan hudud ini soal mudah untuk memperkasakan hukuman bagi beberapa jenis yang sekarang ini hukuman itu tidak masuk akal terlalu rendah.
“Kita cuma mahu memperkasakan, itu sahaja, bukan soal pintu belakang kepada hukum hudud,” jelas beliau.
Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang pada 24 November yang lalu memohon huraian mengenai Akta 355 dibuat pada sesi persidangan Dewan Rakyat yang akan datang memandangkan cadangan tersebut memerlukan pemahaman yang lebih terperinci dalam masa sama masih wujud kekeliruan mengenainya daripada pelbagai pihak.
Dalam usul berkenaan, pindaan yang ingin dilakukan terhadap akta berkenaan melibatkan hukuman maksimum dinaikkan kepada 30 tahun penjara, denda sehingga RM100,000 dan 100 kali sebatan.
Usul tersebut terdahulunya dibentang oleh Hadi pada Mei 2016.
Sumber: http://www.beritadaily.com/bm/parti-ikatan-sertai-himpunan-355/

© all rights reserved
made with by templateszoo