NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KENAPA HIMPUNAN 355 JAUH BEZA DENGAN BERSIH? LIHAT 10 GAMBAR INI…


.
KENAPA HIMPUNAN 355 JAUH BEZA DENGAN BERSIH? LIHAT 10 GAMBAR INI…
Oleh nadilang | 18 February 2017 | 1:32 pm

ATAS semangat mahu mempertahankan undang-undang syariah (bukan hudud) di negara ini, pelbagai latar belakang umat Islam telah bertindak berkumpul di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Dengan nama Himpunan 355 berlatarbelakangkan warna tema ungu itu, parti PAS telah memain peranan penting untuk memastikan usaha ini berdaya dilakukan dengan cemerlang.

Selain daripada parti politik, turut dikesan hadir adalah para NGO bertunjangkan Islam dan Melayu serta beberapa pihak dari penyokong dasar-dasar kerajaan.

Walaupun pada tentatif himpunan berkenaan bermula pada jam 2.00 petang, namun sejak 10.00 pagi tadi para demonstran telah berpusu-pusu memenuhi kawasan sekitar.

Hasil tinjauan wakil portal Tv14 di lokasi mendapati, Himpunan 355 ini amat berbeza bagai ‘langit dengan bumi’ berbanding himpunan yang dianjurkan pihak Pakatan Harapan.

Sebagai contoh, Himpunan Black Out 505, Undur Najib, Anti GST dan BERSIH, Himpunan 355 ini jauh lebih bertamadun dan benar-benar mahu membuktikan bahawa RUU 355 wajar diperkasakan di negara kita.

Malahan lagi, juga terdapat gerai menjual buku-buku dakwah serta penerangan lebih lanjut bagi mereka yang masih belum memahami apa itu RUU 355.

Penglibatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Mufti Wilayah Persekutuan juga membuktikan betapa himpunan ini bukan berlandaskan kebencian, kerosakan, permusuhan dan porak peranda provokasi, sebaliknya lebih bersifat nilai tambah kepada perjuangan menperutuhkan lagi RUU 355 itu.

Portal Tv14 gembira untuk kongsikan 10 gambar terpilih suasana Himpunan 355 yang dirakamkan 2 jam sebelum acara sebenar berlangsung ;

masing-masing demonstran tidak membuat kacau atau provokasi. Sabar menanti tentatif dimulakan

Tidak seperti BERSIH, percampuran jantina berlaku dengan tidak terkawal bersesak sesak hingga boleh timbul kecurigaan.

Pihak keselamatan nampaknya tidak begitu tertekan atau stress. Mungkin demonstran tidak ‘keras kepala’ seperti BERSIH yang tidak mahu mendengar arahan

Adik-adik pengajian Al Quran (tahfiz) turut hadir memberi sokongan. Jika BERSIH? Botol arak pun pernah dikesan berada di berhampiran demonstran (semasa BERSIH 2015)

Menjual buku-buku berkaitan dakwah dan penerangan lengkap mengenai RUU 355 bagi mereka yang masih belum jelas. Kalau BERSIH, mereka jual fesyen berpakaian, trompet dan bermacam lagi benda-benda sekadar hiburan?

Turut hadir makcik-makcik yang bersopan santun dan pandai mendidik anak sehingga menjadi orang bermanfaat. Jika BERSIH, yang datang kebanyakannya anak muda yang terikut-ikut budaya ketimuran?

Wanita-wanita yang hadir menjaga adab, aurat dan tingkah laku. Tidak seperti BERSIH, wanita dan lelaki bergaul bagaikan sebuah pesta ‘honeymoon’?

Apabila ketua memberi arahan, mereka akur. Kalau BERSIH, mereka hanya termakan kepada provokasi

Di minta duduk, mereka duduk. Mereka mencerminkan ajaran Islam sebenar. Bukan seperti BERSIH, di minta bersurai, tapi ‘dibelasahnya’ tidur atas jalan raya semalaman.

Ada papan tanda atau banner menghina, memaki hamun dan memfitnah sesiapa? Berbeza sekali dengan BERSIH. Amat susah nak jumpa papan tanda atau banner yang memiliki kata-kata baik.
.
© all rights reserved
made with by templateszoo