NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tarikh 1 Muharram ditukar kerana ralat teknikal


PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memaklumkan tentang perubahan tarikh 1 Muharram 1439H dalam kalendar dari 21 September kepada 22 September 2017.
Ketua Pengarahnya, Tan Sri Othman Mustapha berkata, perubahan tersebut adalah ralat yang berbentuk teknikal yang telah disemak dan diperakukan oleh Panel Pakar Falak Jakim semasa meneliti semula data bulan Zulhijjah 1438H awal tahun ini.
“Sukacita Jakim merujuk kepada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri mengenai perubahan ini.
“Adalah dimaklumkan perubahan tarikh 1 Muharram 1439H dalam kalendar adalah dari 21 kepada 22 September 2017,” katanya menerusi laman web Jakim di sini hari ini.

(Kosmo)
© all rights reserved
made with by templateszoo