NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Selamat Pulang Saudara Musa Nuwayri



Kami baru mendapat maklumat bahawa Sdr Musa Nuwayri Kamaruzzaman baru sahaja dibebaskan dari penjara Jordan dan akan kembali ke tanah Air malam ini. Penahanan beliau atas alasan kerana membantu pelarian Syria yang berada di sempadan bumi Jordan sejak konflik peperangan tercetus. 

Sdr Musa An Nuwayri adalah pengasas kepada NGO Tangisan Syria di Bumi Jordan. Seorang pemuda, mahasiswa yang merantau di bumi Jordan bagi menabur bakti. Sumbangan tenaga dan wang ringgit yang beliau curahkan tiada tandingan. Sesungguhnya pengorbanan yang dilakukan oleh beliau perlu dicontohi oleh anak muda negara kita.

Kami amat kesal dengan penahanan ini. Pembela kepada anak-anak Syria yang berada di sempadan Jordan sudah dinafikan hak untuk terus berkhidmat. Pengajian beliau pun terus dihentikan walaupun hanya beberapa bulan akan tamat.

Insha Allah, kami akan sambut kepulangan beliau nanti dan diraikan sebagai wira negara.

#SolidaritiMusaNuwayri

Dr Suhazeli Abdullah
Pengerusi 
Yayasan Amal Malaysia
Cawangan Terengganu

fb.com/AmalTerengganu

26.01.2017
© all rights reserved
made with by templateszoo